Sunday, December 12, 2010

emm..

Melihat kepada keputusan exam aku yang terbaru, bukanlah suatu perkara yang mengembirakan buat aku, tapi aku tetap bersyukur kerana Allah masih memberi peluang pada aku, dan aku tidak gagal pada mana2 subjek, memang sasaranku jauh tersasar, hampir hilang titik yang telah kutetapkan sebagai sasaran, tak boleh tidor semalaman aku dibuatnya,ahhh…. Paper pertama dan terakhir bukan paper yang aku yakin untuk skor, dan paper yang ke 2,3,4 aku menjawab dalam keadaan yang kurang sihat…. Emm allah menunjukkan kasih sayangNya sekali lagi pada ku, mungkin ini adalah salah satu ingatan dari Allah agar aku sentiasa memperbaiki diri.. untuk menerima keputusan ni memang perit, tapi realitinya itu adalah keputusan aku, dan tiada siapa yang harus dipersalahkan, dan satu-satunya orang yang kalu hendak disalahkan atas keputusan ni ialah diri aku sendiri.. macam yang pernah aku cakap, takde siapa yang akan bertanggungjawab untuk diri kita melainkan diri kita sendiri… ape-ape pun, buat sahabat-sahabatku, redhalah atas segala apa pun yang terjadi dgn result kamu, kerana sesungguhnya ape yang kamu dapat adalah dari hasil usaha kamu sendiri… sentiasa lah bersyukur, agar Allah tidak jemu untuk memberi nikmatNya kepada kamu…

Thursday, December 2, 2010

hari ni...

alhamdulillah..anak buah aku dah keluar wad, mak dengan family kakak aku dah flight pg bandung, anak2 buah aku terjaga dengan baik, walaupun hilang separuh suara aku di buatnya.... alhamdulillah semua berjalan lancar... syukur ya allah....

Wednesday, December 1, 2010

esok.............


emm hari ni dah hari kedua anak buah aku masuk ke hospital, tak sampai seminggu jejak ke alam baru dah masuk spital... kesian tengok kakak aku kesedihan, tapi apakan daya bile allah hendak menguji, maka kita sebagai hamba perlu tabah menghdapai... Aku yakin kakak aku mampu hadapi ujian ni, semalam kuning dekat baby tinggi sampai 275, hari ni dah turun 10 jadi 265, tapi untuk baby keluar dari spital atleast kena turun 60 lagi which means kalu kuning dah turun sampai 200 baru boleh kuar.. aku pun tak tau macam mana baby boleh kena demam kuning ni, figure2 tadi tu tahap kuning kat baby.. emm sok pagi angah aku pula kena pergi klang untuk buat rawatan susulan tiroid.. tinggallah aku bersama 7 orang budak nakal dirumah, anak akak aku la sape lagi.. ok anak2 esok mak su akan jadi mak tiri yang sangat baik..... jadi jangan nakal2 ye.... nakal2 maksu campak korang kat lombong...hehehehe... diorang dah besa dengar aku cakap macam tu, walaupun maksu diorang ni ganas sikit bile dekat rumah, masih lagi jadi maksu kesayangan diorang sebab diorang takde maksu lain heheheeh...ok guys, doakan eh anak buah aku cepat sembuh.. emm lupe, sok mak aku flight pergi bandung, kakak aku nak bawa pergi sana, mak aku pun baru je kebah demam, tapi alergic kat kaki still ada, bengkak sikit, nak cancel flight tiket dah tempah, jadi kena la juga pergi.. mom.. enjoy your trip..love u so much,ok guys, doakan juga mak and family akak aku selamat sampai sana dan selamat balik sini...

Tuesday, November 30, 2010

asing..


pernah seorang sahabt bertanyakan stu soalan pada aku, yang sebelum ni ramai juga dah banyak tanya pada aku.. macam mana aku mantain dengan kehidupan @ identiti aku sekarang bila berada di rumah, yang mana jelasnya family aku berbeza corak pandangan dengan aku... emm ntah lah nak kata senang nak mantain tu memang tak lah jawapnya, susah juga ye la bila di rumah sewa bersama dengan orang yang sama corak pandangan ni under control la lagi, comform akan solat berjemaah, insya'allah da yang kejutkan untuk qiam, akan da pengisian walaupun tengah makan, main buaian kat padang, ataupun mengisi masa untuk bed time story..emm bile di rumah diri sendiri kena ingatkan... kadang2 terleka juga lah.. tapi cepat2 sedar kan diri balik... kadang2 tak dinafikan akan ada rasa terasing, ye lah nak lagi bila kita mempunyai arah pandangan yang berbeza dengan family.. tapi aku akan ingat satu perkara yang mana Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

“Sesungguhnya bermula datangnya ISLAM dianggap asing (aneh) dan akan datang kembali asing seperti permulaannya. Namun berbahagialah orang-orang yang asing itu."

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam:

“Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan orang asing (aneh) itu?”

Lalu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab:

“Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

jadi untuk mantain bukan mudah, but you have to try it harder... kita tak boleh harapkan orang lain untuk jaga diri kita, kita yang bertanggungjwab keatas diri kita sendiri, jadi kita kena ada positive mind, we have to be strong walau kat mana pun kita berada, tak kira lah dirumah ke, di kampus ke, di hutan ke, ape2 pun yang jadi pada diri kita adalah disebabkan diri kita sendiri.. ape2 pun sekarang, sudah2 lah berfikir macam mana nak mantain itu dan ini, jangan terlalu penatkan akal untuk berfikir, tapi bertindak, berfikir tanpa tindakan pun takde maknenya, bertindak tanpa berfikir pun bukan something yang bagus... jadi..renung2 kan selamat beramal... tu sebab dia cakap renung2 baru dia cakap selamat beramal,sebab nak suruh kita berfikir baru kita boleh bertindak dengan betul..

Wednesday, November 24, 2010

WARKAH BUAT SAHABAT

Sahabat,
Kuntum-kuntum kenangan itu, masih tetap mewangi dan mekar di sudut hati ini walaupun jaringan usia semakin merobek dibawah masa. Terkedu aku dalam mengatur keikhlasan hati bahawa aku bersyukur dengan caturan pertemuan yang diaturkan oleh Allah swt.
Masa bukanlah terlalu kejam untuk menjarakkan kita , kerana segalanya adalah atas ketentuan-Nya . Lalu dek cita-cita dan matlamat yang menanti , kita tetap setia mengatur langkah mencari untaian ilmu buat menampal kekosongan jiwa . Memang sudah lumrah alam setiap pertemuan bersulamkan perpisahan, walaupun kita tidak merelakan namun pemergian suatu ketetapan . Segala-galanya demi memburu Mardhatillah agar hati-hati kita tetap disatukan oleh-Nya dalam satu wadah perjuangan yang jitu. Biar dimana kita dicampakkan , hadaf dan fikrah kita biarlah sebati . Semadikanlah perjuangan fillah ini agar ianya dapat disatukan sebagai satu martabat yang telah lama diimpikan.
Sahabat,
Teruskan perjuanganmu, jangan sekali-kali toleh ke belakang. Sememangnya perjuangan itu pahit , namun janji Allah itu tetap benar. Bukan intan permata galang gantinya, tetapi kepahitan tercalit duri di sepanjang perjalanan. Sudah menjadi adat perjuangan, rentak yang diatur tidak semestinya diakhiri dengan kemenangan, melainkan di tengah-tengah perjalanan. Kita pasti terpijak paku-paku cabaran yang mengganggu gugat perjuangan kita. Jangan lah dirimu rebah pada perasaan , kerana ia adalah ujian yang paling getir yang perlu ditempuhi.
Bersama sisipan perjuangan , aturlah langkahmu dengan keyakinan dan kepastian. Carilah nilaian permata indah di sepanjang perjalanan ini. Aku ingatkan dirimu sekuat Siti Khadijah , setabah Siti Aisyah , sezuhud dan semurni Rabiatul Adawiyah dalam menyusuri bilah – bilah perjuangan .
Semoga harapanku , mampuku lihat dirimu berada dihadapanku atau namamu meniti di bibir –bibir masyarakat yang mendambakan sekalung kesedaran dan keinsafan dalam setiap titis-titis perjuangan. Jadikanlah persiapan hari ini sebagai peluang menyulusuri hari esok. Ku susur doa kudus buatmu sahabat , agar kita tetap bersatu dalam saf-saf perjuangan suci ini. Semoga kita diberi tempat sewajarnya oleh Allah swt sejurus dengan pengorbanan kita yang tak pernah mengharapkan pulangan ini. Insya’allah.
Sahabat,
Binalah kehidupan mendatang dengan penuh keyakinan. Tabahkanlah dirimu dalam menghadapi rintangan. Bersabarlah diatas segala penderitaan , ketahuilah sesungguhnya penderitaan itu adalah symbol kesabaran yang bersifat sementara akan lenyap ditelan masa setelah tibanya kejayaan . jika diizinkan Allah swt , teruskanlah perjuangan mu itu dalam menuntut seribu kejayaan. Medan ilmu terbentang luas , menuntutnya adalah kelazatan yang tiada tolok bandingnya , teguhkanlah semangatmu dalam melakari dunia kehidupan dan . Aturi langkah perjuangan dengan lebih berhati-hati. Ingatlah, tapak-tapak perjuangan tidak akan hilang dek memori kehidupan dan tidak akan lenyap ditelan masa walaupun usia sentiasa digamit putaran waktu. Doa pejuang tetap dikenang.
Walahualam.

Ukhuwwah islammiyyah nadi gerak kerja islam

Mukadimah:

“Tidaklah dua orang muslim berjumpa, lalu berjabat tangan, kecuali keduanya diampuni sebelum keduanya berpisah”

Imam As-syahid Hassan Al Banna di dalam kitabnya MAJMUAH RASAIL mendefinasikan ukhuwah islamiyyah merupakan keterikatan hati dan jiwa antara satu sama lain berdasarkan kepada ikatan aqidah. Syed Qutb pula dalam kitabnya petunjuk sepanjang jalan dakwah ‘Tiada hubungan persaudaraan yang tercetus dari aqidah dan keyakinan kepada Allah, bila sahaja tali aqidah itu sudah terjalin , maka seluruh orang beriman itu menjadi orang bersaudara, walaupun mereka tidak dipertalikan dengan sebarang hubungan perkahwinan ataupun keturunan darah’

Hakikat ukhuwah islamiyyah:
1. nikmat allah swt (al-imran:103)
2. merupakan perintah rabbani
3. merupakan cermin kekuatan iman (al-hujurat:10)

Perbezaan ukhuwah islamiyyah dan ukhuwah jahiliyah :
Ukhuwah islamiyyah bersifat abadi dan universal kerana berdasarkan aqidah dan syariat islam. Ukhuwah jahiliyyah bersifat sementara (dibataskan oleh masa dan tempat) iaitu ikatan selain ikatan aqidah misalannya seperti nasionalisme, assabiyah san berkepentingan peribadi.

Virus-virus ukhuwah:
1. Tamak akan kenikmatan dunia (taha:20)- apabila kita selalu membandingkan diri kita dengan orang yang diberi kelebihan kenikmatan dunia, mata kita akan tertumpu kepada kenikmatan orang lain. Hal ini memberi impak kepada urusan agama , kerana hati akan selalu melihat kepada mereka yang lebih rendah kadar ketaatannya. Hati juga mula berubah ketulusan terhadap persahabatan yang terjalin atas nama ukhuwah islamiyyah tadi, kerana perhatian tidak lagi tertumpu kepada orang yang lebih tinggi kadar ketaatan agamanya . tetapi kita akan lebih mudah terdorong untuk mengagumi dan mencontohi mereka-mereka yang mendapat kenikmatan dunia. Contohnya pointer tinggi.
2. Lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama – jika hubungan persahabatan kering dari mana-mana zikir-zikir , ibadah, saling menasihati, mengingatkan perihal akhirat dan mendorong semangat dakwah, maka kegersangan ukhuwah akan semakin terasa , lalu beralih menjadi lagha dan perdebatan yang sia-sia. Hati bertambah keras dan cepat bosan , sementara lagha membuka ruang kepada perselisihan , yang akhirnya menjadi dosa sebagai dinding pemisah yang meleraikan ikatan ukhuwah dan memisahkan dua sahabat.
3. Mengadakan perbicaraan rahsia (al mujadilah:10) – “jika kamu bertiiga , maka janganlah ada dua diantara kamu membuat perbicaraan rahsia tanpa melibatkan yang lain, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih. ”
4. Keras kepala, enggan menerima nasihat dan saranan – sikap keras kepala dan enggan menerima nasihat , membuat seorang sahabat merasa kesulitan untuk terbuka dalam setiap perbicaraan , bahkan mungkin wujud anggapan sombong . dari sini bibit-bibit kebencian akan tumbuh dari dalam diri, dan akhirnya tali persahabatan tidak akan dilanjutkan. Kerana itu, jangan mengeluarkan kata-kata yang cenderung meremehkan , atau menganggap rendah idea dan saranan orang lain. Sebaliknya nada anda memberi dukungan , menanggapi secara sopan dan penuh lapang dada, apalagi jika sikapnya tidak berlebihan.
5. Memberi teguran dihadapan orang lain - setiap teguran yang diberi tidak semuanya akan mendatangkan kesan dengan segera . Beri masa dan peluang kepada sahabat untuk menerima teguran tersebut meskipun memakan masa. Terkadang ada yang menafsirkan teguran gagal apabila sahabat tidak berubah seperti yang diinginkan, dan terus menekan sehingga nampak berlaku perdebatan. Lumrah manusia, enggan mengakui kesalahan secara langsung. Sentiasalah berlapang dada, nescaya ukhuwah akan bertambah erat.
6. Sering menegur , cenderung berfikiran negative, enggan memaafkan – terimalah sahabat dengan segala kekuranganya sebagaimana kebaikan mesti diterima walau kecil wujudnya. Siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat. “seorang suami mukmin tidak akan memarahi isterinya yang Mukminah, apabila ia tidak suka terhadap perangai isterinya , maka ia akan menyukai perangainya yang lain”
7. Enggan mengungkapkan perasaan cinta , dan enggan membela sahabat apabila aib mereka dibuka – “jika seseorang mencintai saudaranya , maka khabarkanlah bahawa ia mincintainya”
8. Mencampuri masalah peribadi – “diantara tanda kebaikan islam seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna baginya”

Kesimpulan:

Ukhuwah yang terjalin secara normal tidak menuntut ape-ape hal yang bertentangan dengan kepentingan peribadi. Ukhuwah dalam keadaan tersebut merupakan kesenangan yang diinginkan oleh setiap manusia agar memperoleh ketenangan jiwaketika mampu mewujudkannya. Namun dalam keadaan aulit, ketika rasa kepentingan tergugat , ukhuwah di uji dengan ujian yang berat. Disinilah kasih sayang dapt dibezakan dari egoisme dan, yang seringkali tidak kita sedari ketika dalam keadaan normal dan menganggap dirinya sebagai sahabat setia yang memenuhi segala tuntutan ukhuwah. Pokoknya berbalik kepada niat dalam menjalinkan hubungan persaudaraan itu, adakah kerana dibekalkan dengan rasa tanggungjawab semata-mata , ataupun dilengkapi dengan pakej kasih sayang.

Tuesday, November 23, 2010

al-quran sebagai hantaran

aha.... jangan salah faham ye entri kali ini, sejak kebelakangan ni entri aku agak mnimbulkan salah faham kepada beberapa orang sahabat... kali ni ak nak bagi korang sume baca cerita ni, ambil pengajaran dari kisah ni, aku dapat ni dalam laptop kawan aku, saja nak share dengan korang... okey silakan membaca:

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.


“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

sikap bertangguh?? bagaimana mengatasinya?

aha.... aku pasti setiap kita pasti akan ada satu sikap buruk iaitu sikap suke bertangguh, especially me la....heheehe... aku memang da masalah bertangguh dalam buat kerja yang sangat kritikal.. ah, before kita nak atasi masalah suka buat kerja tertangguh ni, kita kena tengok balik ape yang membuatkan kita suka bertangguh-tangguh...
1. pengurusan diri,masa,sumber dan tugas yang lemah.
2. takut, samaada takut kepada kegagalan mahu pun takutkan kejayaan. ada orang takut berjaya kerana kejayaan bermakna tanggungjawab lebih besar , masa makin sibuk dan tiada masa untuk perkara lain, ramai orang yang akan dengki dan sebaliknya. ada pula yang takutkan kegagalan kerana bimbnag dikritik, dimarahi dan dipandang rendah, takut kerja tidak cukup bagus dan sebagainya. walau ape pun sekali alassannya 90% daripada ape yang disangkakan sebenarnya tidak akan berlaku.
3. terlalu mahukan kesempurnaan , ada ketikanya sesuatu perancangan itu tertangguh perlaksanaanya kerana kita mahukannya terlalu sempurna. begitu banyak masa dan tenaga dibazirkannya dengan mengkaji keburukan-keburukan yang mungkin akan terjadi.
4. masalah fizikal. masalh kesihatan dan tenaga yang kurang boleh mendorong perasan malas. ini membuatkan banyak kerja-kerja gagal disempurnakan kerana diri tidak produktif.
5. masalah sikap, sikap adalah penyumbang paling utama kepada masalah tangguh. apabila kita bersikap sambil lewa, ambil mudah dan tiada komitmen serta disiplin terhdapa diri kita dan tugas-tugas yang diserahkan maka segalanya pasti akan tertangguh.

ok, kita dah tau apa puncanya, sekarang kita makan ubat, jadi baru boleh sembuh dari penyakit buat kerja tertangguh.
1. agih-agihkan tugas - pastikan tugasan bersesuaian dengan tenaga dan masa yang diperuntukkan . salah satu penyebab kepada tangguh ialah rasa kerja yang mahu dibuat itu terlalu sukar atau terlalu banyak. kalau terlalu banyak, agih-agihkan tugas kepada bahagian yang lebih kecil . kalau terlalu sukar , dapatkan seseorang yang boleh membantu. tanya mereka! jangan jadi orang yang berat mulut . dalam dunia ini tiada siapa yang akan membantu kita tanpa diminta.
2. buat senarai tugas atau "TO DO LIST"
3. dapatkan satu diari , nak canggih pakai "palmtop". malah telefon bimbit pun dah boleh masukkan aktiviti kita. sebenannya, jangan bazirkan duit dengan membelanjakan wang membeli diari atau organizer yang mahal2.
4. cara-cara untuk ingatkan kita. contoh, jam loceng , komputer, digital organizer.
5. sediakan segala keperluan awal . contoh: nak ambil pemadam, hanya kerana itu tertangguh 30 minit. nak ke bilik air dan sebagainya . kita kena ingat , kita dibayar gaji untuk bekerja 8 jam sehari jadi buatlah yang terbaik!.
6. tukar cara fikir atau 'mindset'kita.
7. just do it!. jangan pedulikan ape orang kata. ia adalah soal masa depan kita . believe it or not 90% daripada sangkaan-sangkaan dan kebimbangan kita itu sebenarnya tidak berlaku.
8. belajar dari kesilapan, mula melangkah apabila sudah ada perancangan dan jangan tunggu untuk segala-galanya sempurna sebab ketidaksempurnaan itu sememangnya sifat semulajadi setiap hasil ciptaan manusia.
9. senaman secara konsisten , 20 minit sehari, 3x seminggu.
10. rehat yang cukup - lakukan meditasi atau rileks. itu gunanya kita lepas solat sambung zikir dan berwirid..

Monday, November 22, 2010

7 kalimah untuk diamalkan

Barang siapa hafal tujuh kalimat , ia terpandang mulia disisi Allah dan malaikatampuni dosa – dosanya walaupun seluas laut.

1. Menyebut Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Menyebut Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Menyebut Astaghfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patuh.
4. Menyebut Insya Allah jika merencanakan buat sesuatu di hari esok.
5. Menyebut La haula wala kuwwata illa billah
6. Menyebut Inna lillahi wa inna ilahi rajiun jika menghadapi dn menerima musibah.
7. Menyebut La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.Amalkan selalu supaya menjadi kebiasaan dan menjadi rutin harian .

USRAH DAN MATLAMATNYA



1.Pengenalan usrah:

Usrah dalam bahasa arab ialah keluarga .
Maksud perkataan usrah dalam pengertian kita ialah kumpulan Afradul Muslimin (individu-individu muslim)yang beriman dengan agama Allah swt, berusaha tolong menolong antara satu sama yang lain untuk memahami dan menghayati islam.
Bilangan kehadiran adalah terhad diperingkat-peringkat tertentu, seperti peringkat majlis syura, ahli-ahli jawatankuasa ulama, dan lujnah-lujnah.

2.Tempat usrah:

Usrah boleh diadakan samaada dirumah anggota usrah dengan cara bergilir-gilir atau di masjid , di surau, di musalla atau sebagainya.

3.Tujuan usrah:

a)Meningkatkan kefahaman anggota-anggota dan menentukan sikap islam terhadapa satu-satu masalah .
b)Menambahkanpenghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap ajaran islam secara peribadi dan Jemaah.
c)Membina satu generasi islam yang mengenali islam sebagai “Din wa Daulah” , menghayatinya di dalam kehidupan peribadi , menjadikan azam dan cita-cita serta tindakan mendakwahkan nya sebagai system hidup dalma keluarga, masyarakat dan Negara.
d)Membina generasi islam yang menegakkan akhlak islamiyyahdi dalam kehidupandiridan sensitive terhadap segala perkara yang tidak islamik.
e)Membina generasi islam yang insaf dan sedar akan cabaran dan godaan yang berbagai bentuk yang mengancam kemurniaan islam.
f)Mendidik perasaan anggota supaya bertanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya.
g)Menghubungkan anggota secara langsung dengan al-quran dan al-sunnah.
h)Mengikhlaskan diri anggota kepada Allah swt , demi untuk mencari keredhaannya, mengharapkan pahala dan merasa gerun dengan seksaanya , bukan kerana segan dengan naqib usrah atau kumpulannya tetapi kerana ketaatan kepada Allah swt. Oleh itu setiap anggota hendaklah membetulkan niatnya kemudian diikuti dengan amalannya sekalipun tanpa arahandari sesiapa.
i)Menggiatkan dan menyelaraskkan usaha mempelajari dan memahami islam dikalangan anggota.
j)Menyediakan tenaga yang benar-benar bersedia untuk islam demi kepentingan gerakan islam.
k)Memelihara organisasi dari dimasuki pemikiran yang keliru , sumbang dari musuh.
l)Memperkukuhka perasaan bersaudara dan memupuk semangat bertindak secara berjemaah.

4.Perlaksanaan usrah

a)Usrah diadakan pada tiap-tiap minggu atau tiap-tiap dua minggu sekali dan merupakan program tarbiyyah yang tetap.
b)Majlis usrah dikendalikan oleh seorang naqib @ naqibah.
c)Sembahyang berjemaah , berwiriid, membaca alquran adalah rukun utama majlis usrah.
d)Sebaik-baiknya majlis usrah adalah mengikut cara berikut :
e)Majlis usrah mestilah mempunyai tajuk tertentu yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan di maklumkan kepada anggota, sebaik-baiiknya telah ditentukan bahan rujukan atau teksnya.
f)Sesudah berbincang dan berbahas dan bertukar-tukar fikiran dengan teliti, maka majlis mengambil suatu rumusan yang menjadi pegangan kepada semua dan usrah ditegah sama sekali ditamatkan tanpa menghasilkan sesuatu persetujuan . perbahasan boleh dilanjutkan kepada beberapa siri usrah sehingga dapat rumusan yang bulat dan konkrit , sekiranya tajuk perbahasan memerlukan kepada pandangan pimpinan yang lebih tinggi , maka hendaklah dirujuk kepada peringkat yang lebih bertanggungjwab dalam Jemaah.
g)Tajuk yang akan diusrahkan pada minggu akan datang ditentukan oleh naqib atau menurut ketetapan bersama atau menurut arahan pimpinan.
h)Sebahagian daripada waktu usrah hendaklah diperuntukkan khusus kepada organisasi dan hal ehwal semasa dan perkembangan perjuangan umat islam di dalam dan luar Negara.
i)Usrah dikehendaki bersurai sekitar jam 11 malam , sesudah membaca tasbih kafarrh dan surratul Al ‘’asr.

5.Adab-adab usrah

a.Mengikhlaskan niat hanya kerana Allah swt.
b.Meminta izin untuk masuk serta memberi salam sebelum memasuki rumah anggota atau tempat diadakan majlis usrah.
c.Datang ke majlis tepat pada waktu yang dijanjikan atau ditetapkan.
d.Datang ke majlis dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian yang sopan , bersih, suci serta sempurna.
e.Jika ada yang tidak dapat hadir kerana uzur syari’e , hendaklah segera memberitahu kepada naqib atau naqibah sekurang-kurangnya kepada sahabat yang menjadi tuanrumah.
f.Datang ke majlis dengan persiapan yang telah diamanahkan setelah kita sanggup menunaikannya.
g.Mendahului majlis dengan membaca al-fatihah dan berselawat kepada Nabi Muhammad saw.
h.Memohon penjelasan atau mengemukakan pertanyaan selepas diberi peluang atau setelah meminta izin naqib @ naqibah.
i.Jangan mengangkat suara tinggi lebih dari keperluan pendengar.
j.Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan allah itu bersifat tenang dan serius.
k.Jangan banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan , bersungguh-sungguh dalam semua perkara.
l.Minta izin dari naqib sebelum keluar dari majlis, ini kerana keluar tanpan meminata izin adalah sikap orang munafiq.
m.Jangan sekali-kali bertengkar kerana ia merenggangkan ukhuwah.

Sunday, November 21, 2010

pengalaman baru....

argh... pagi ni bangun tido , tangan ak rasa nak patah .... tak tau la salah tidor kut.... bengkak urat... tapi tu tak menghalang ak dan kengkawan pergi ke destinasi utama kami hari ini... emmm semua tak bangun lagi...ape lagi dengan speaker hikmat ku..... bangun!!!!!!!! cepat2 karang lambat nak gerak kul 9 ni... bangun2 nak kena rotan ke ha!!!! hahahaha speaker hikmat ku berjaya...yes!!!.... kitorang pun bersiap2 la, sebelum berangkat ke destinasi utama, kitorang makan dulu.. heheh makan bihun goreng, malam tadi aku masak pastu pagi ni aku panaskan balik, sedap2.. ok selesai makan kami pun berangkat, disebabkan destinasi kali ni hijau terang terangan maka kami bertiga beridentitikan ninja turtle hari ni... untuk menjaga kemaslahatan company.. mana la tau tetibe ada sponge bob kat situ... hahah sepatutnye kitorang gerak kul 9 tapi bisalah sis2 ni kalu dah bersiap lambat la jadinya ... kul 10 baru kami gerak ke tampat kejadian...

sampai je di tempat kejadian... emm pelik.... apesal takder orang... dua orang kengkwan kami call, yang kami rasakan boleh bagi penerangan kat kami tentang ape yang jadi ni... rupe2 kami tersalah tempat, sepatutnye di bukit lama, tapi kami pergi dekat bukit tengah heheeheh korang tak tau eh tempat tu kat mana?? buat2 la macam tau ye... kamudiannya kami berpatah balik la ke bukit lama tu, sesampai je disana kami tengok semua dah ada kumpulan masing2... eik!! la... awat yang berbahagi kumpulan pulak ni...rupe2nye kena buat survey untuk meninjau kekuatan dekat kawasan tuh... rasa nak jatuh jangtung kami bertiga... gile..mana pernah gi buat survey, dah la semua ninja turtle hari ni, silap2 orang pun takut nak dekat.. tapi nasib baiklah, bukan nye tugas tu diserahkan bulat2 pada kami, tapi ada orang yang lebih berpengalaman ikut.. kami cuma isi data je... tapi berdebau juge le hehehe.... sempat juga kami berjumpa dengan cikgu yunus, yang akan bertanding dengan ali ketam untuk pertandingan akan datang , didoakan cikgu yunus dapat mara kehadapan , biarkan ali ketam tersungkur buat kali ini, demi kemaraan islam di bumi bersejarah.. takbir!!

habis je dari survey , kami berangkat pulang, bukan taknak makan sekali dengan warga di situ ,tapi ada urusan lain yang perlu dikejarkan... hehehe tapi ape2 pun pengalaman hari ni memang sangat2 best, dan bagus kalu kita dalam company nak hantar member, tapi faktor keselamatan tu jangan dilupakan, yang bro susah sikit la kot, tapi yang sis boleh jadi ninja turtle macam kitorang untuk elak dikesan dengan mudah.. ape2 pun ninja turtle hari ini beaksi dengan baik... walaupun ada antara ninja turtle yang mengalami maslah kejang otot perut dan tangan..haha faham kan... adios.....

Saturday, November 20, 2010

bila sukar membuat keputusan , jalan yang terbaik adalah..

Ada antara kita susah untuk membuat pilihan..tidak kiralah sama ada pilihan tu berkisarkan kepada jodoh, akademik, ape2 je lah...pendek kita bila mengkehendakkan keputusan dibuat... satu jalan penyelesaian yang terbaik ialah istikharah.. ok ape yang kamu semua faham dengan istilah istikharah..ni petikan dari blog saifulislam "istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu." aha.... bahasa pendeknya..meminta bantuan dari ALLAH SWT bile kita perlu memilih, tidak kiralah dari sebesar2 perkara hinggalah ke sekecil2 perkara..

Bagi sesiapa yang hendak buat solat istikharah ni aku sertakan niat dan doanya: Niat Solat Istikharah

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Doa Solat Istikharah


"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

jadi sahabat2ku... minta lah petunjuk allah atas segala keraguan mu... cume satu je... bile hendak membuat istikhrah ni, bulatkan sepenuh pengharaapan korang kepada allah swt, redhalah atas ape ketentuan yang telah dijadikan... wallahualam

Thursday, November 18, 2010

adakah kita mampu?


adakah kita mampu melakukan gerak kerja islam, bila masalah hati datang menjelma? persoalan yang pastinye semua orang tertanya2 sama ada sedar mahupun tidak... allahuakbar... kadang2 bila ianya menjadi perkara yang paling sukar untuk kita hadapi, lalu allah jadikan ia satu ujian dan dugaan yang harus dan wajip kita hadapi.. bekerja bersama2 min dan mat adakalanya boleh menimbulkan masalh hati, dan tidak keterlaluan aku katakan yang ia tak boleh lari dari terdetik di hati mana2 manusia pun... bak kata seorang rakan "adakah perlu kite lupakan perkara yang sememangnya fitrah??" hahah soalan tu tibe2 terngiang dekat otak aku... dah macam burung pusing2 kat kepala time pening... memanglah tak boleh dilupakan, sebab ia sememangnye perkara yang harus difikirkan.... tolak ketepi dulu semua tu... balik ke persoalan pertama..mampu kah kita berdepan dengan masalah hati bila mana kita sedang bergerak kerja dalam jemaah...guys if you asking me whether this heart problem between man and women only, you wrong... there is also heart problem between woman and woman, man and man... ok masalah bukan kau sejenis ni biasanya melibatkan perasaan kasih sayang , bak aku kata tadi fitrah, tapi yang sama jantina tu mungkin masalah salah faham and so on..dua perkara je pada pandangan aku maslah2 ni boleh terjadi, yang pertama niat yang kedua masalah komunikasi.. kenapa aku cakap niat, ni pada pandangan aku je tau, tak amik mana2 kata ulama pun... niat sebab kita sendiri tak membulatkan niat kita dalam waktu melakukan gerak kerja jemaah,yelah andaikata kita diamanahkan untuk melaksanakan satu tugasan yang mana kita berganding dengan member yang kita ada maslah hati ni, tak kiralah masalh suke ke salah faham ke ape.. kadang2 tanpa kita sedar kita buat kerja dengan keadaan niat yang terpesong... "kena kerja baik2 depan dia ni, ish min la kena cover2 sikit,ish dia ni asyik nak betul je, ish mat ni kuat bebel...malasnye"...hahhaha macam2...guys ni takder kene mengena dengan sesiapa jangan salah faham ye..... ok masalah ke 2 ialah masalah komunikasi.... emm kenapa masalah komunikasi?? sebab bila kita ada maslah nak bercakp dengan sahbt2 tentang ape perkara yang kita kurang gemar, kan dulu pernah cakap kita kena memahami sahabat, jadi kita kenalah bagthu ape yang kurang kita gemar, tapi janganlah over sampai semua kau nak cakap...shabt tu ada hati jugak... tapi yang pastinya masalah fitrah ni tak boleh nak dielakkan...banyak2 la berdoa agar allah kuatkan hati kita...buat masa sekarang ni bannyak lagi benda yang kita kena fikir...muhasabh diri aku sendiri....

Wednesday, November 17, 2010

SIAPA AKU DIDEPAN TUHANKU.....

SUBUH
Dimana aku berada
Masih enak didalam kelambu rindu
Sambil berfoya-foya dgn waktu
Masa bagaikan menderu
Langkah tiada arah tuju
Fikiran aku semakin dihujung waktu
Siapa aku didepan tuhanku...

ZOHOR
Aku lebih memikirkan kelaparan
Kehausan dan rehatku
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
Aku bertolak ansur dengan waktu
Aku gembira membilang keuntungan
Aku terlupa betapa besar kerugian
Jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
Siapa aku didepan tuhanku

ASAR
Aku lupa warna masa
Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
Aku masih dengan secawan tehku
Terlupa panas tidak dihujung kepala
Aku masih bercerita
Tentang kehidupan duniaku
Siapa aku didepan tuhanku

MAGHRIB
Aku melihat warna malam
Tetapi aku masih berligar-ligar disebalik tabirnya
Mencari sisa-sisa keseronokan
Tidak terasa ruang masa yg singkat
Jalan yg bertongkat-tongkat
Ruginya bertingkat-tingkat
Siapa aku didepan tuhanku

ISYAK
Kerana masanya yg panjang
Aku membiarkan penat menghimpit dadaku
Aku membiarkan kelesuan mengangguku
Aku rela terlena sambil menarik selimut biru
Bercumbu-cumbu dengan waktuku
Siapa aku didepan tuhanku...


Kini aku menjadi tertanya-tanya
Sampai bila aku akan melambatkan sujudku
Apabila azan berkumandang lagi
Aku tidak akan membiarkan masjid atau surau menjadi sepi
Kerana dihujung hidup ada MATI....
Bagaimana jenazahku akan dibawa sembahyang disini
Jika ruangku dibiarkan kosong
Jika wajahku menjadi asing
Pada mentari dan juga bintang-bintang...


FIKIR-FIKIRKANLAH..
''Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

"Dan Allah tuhan Kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran Panduan kami
Jihad jalan Kami
Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"

kisah di suatu malam

Malam itu aku dan beberapa orang kawan ku telah merancang perjalanan kesatu tempat, dimana perjumpaan itu merupakan perjumpaan terakhir kami semua sebelum berpisah, terutama bagi yang sudah masuk ke era yang baru... jam dah menunjukkan jam 7.05 pm, rakan yang sepatutnye hadir setengah jam yang lepas masih lagi tidak berkunjung tibe, "hujan lebat, mungkin keadaan jalan raya sesak, jalan pun licin" berfikir2 aku sendirian.. azan maghrib berkumandang.. teringat pesanan seorang rakan, jangan melewat2kan solat, walaupun ketika itu kita sedang dalam keadaan kritikal, makin lewat kita solat makin kurang pahala.. dah lah pahala memang sedikit... 7.15pm, usai solat aku mendapat panggilan dari salah seorang rakan yang menjemputku mengatakan yang mereka telah tiba dihadapan rumah... aku keluar menuju ke kereta, terkejut dan tertanya2, mengapa hanya berdua mana lagi sorang, aku tidak membiarkan persoalan itu lama dalam benak fikiranku, aku terus bertanya kan kepada kwn ku natrah, "dimana sarah?" lantas natrah memberikan handphone nya kepada aku, lalu menyuruh aku membaca mesej yang tertera di telefon bimbitnya... setelah ku baca mesej tersebut, tahu lah aku sarah sedang menghadapi masalah, dia menyuruh kami pergi dahulu ke tempat yang sepatutnya dituju, sudah tentulah kami bertiga tidak akan membiarkan sarah keseorangan, walaupun kami tidak tahu dimana sarah berada waktu itu, kami nekad untuk mencarinya.. aku, natrah dan azmi buat keputusan untuk pergi ke kolej.
Sampai di kolej , azmi dan natrah pergi ke surau untuk menunaikan solat maghrib, sementara aku pergi mencari sarah , di kolej aku tidak berjumpa dengan sarah, aku pergi pula ke sekitar luar kolej, masih lagi aku tak jumpa sarah… lalu aku pun pergi ke pusat membeli belah yang tidak jauh dari kolej tempat kami belajar, aku mencari didalam pusat membeli belah tersebut, tapi kelibat sarah masih jugak aku tak jumpa.. 10 minit kemudian telefon bimbit aku berbunyi, natrah beritahu pada aku yang sarah berada di kedai buku di Bandar, azmi dan natrah dating ke pusat membeli belah untuk ambil aku , masuk sahaja didalam kereta, air mata aku terus mengalir..aku tak tahu kenapa aku sensitive sangat waktu tu.. mungkin disebabkan emosi aku yang memang kurang stabil dalam seminggu ni disebabkan masalah lain, dan mungkin juga kerana aku kurang sihat pada ketika itu.. azmi suruh aku membaca al-quran untuk menenangkan hati, memang aku ada al-quran ketika itu, tapi dalam keadaan yang gelap pada waktu malam dan kepala aku yang mulai pening, tak mungkin aku dapat membaca al-quran didalam kereta yang sedang bergerak, sementara meneruskan perjalanan ke kedai buku, aku beristighfar di dalam hati, dan minta pada allah agar ditenangkan hati ku..
Sampai di kedai buku, aku dan natrah mencari sarah, masuk ke kedai buku yang dikatakan natrah, tapi kelibat sarah langsung tiada, aku meminta natrah call sarah dan tanya dimana sarah ketika itu, nasib baik sarah tergerak hati untuk memberitahu posisinya waktu tu, dan kami berjumpa di luar kedai buku. Aku tengok sarah dalam keadaan yang sangat sedih, air matanya tidak henti2 mengalir…aku dan natrah cube mengorek ape sebenarnya yang terjadi, lalu diceritakannya kepada kami, rupa2nya dia dalam keadaan kecewa kerana masalah yang menimpanya di kolej hari ini.. lama juga kami tinggalkan azmi sendirian didalam kereta supaya kami dapat bantu sarah hingga tenang.. hampir 10 minit kami duduk bersama aku lihat sarah semakin tenang dan aku serta natrah mengajak sarah untuk bangun dan pergi ketempat yang sepatutnya kami telah sampai disana pada waktu tersebut.. pada mulanya sarah keberatan untuk pergi tapi setelah aku dan natrah beberapa kali memujuknya barulah dia nak pergi bersama kami.. kami bertemu azmi di dalam kereta, sepanjang perjalanan aku lihat azmi agak kepenatan,mungkin penat memerah otak di dewan peperiksaan tadi masih lagi tidak habis. perjalanan diteruskan ke tempat yang sepatutnya kami pergi… perkara yang berlaku kami biarkan berlalu, seiring dengan hembusan angin malam..

Tuesday, November 9, 2010

mari bercerita...

assalamualaikum... di hari yang mulia ini saya ingin menyampaikan sebuah cerita mengenai kisah barshisha bersama syaitan.. ha ..korang kenal tak sape barshisha ni? meh sini aku nak cite... barshisha ni adlah seorang yang sangat rajin beribadah... dia ni merupakan salah seorang yang tinggal dekat Sinagog (biara)... ibadah dia ni lagi tinggi dari ilmu dia.. nak dijadikan cerita ketika si barshisha ni sedang asyik berzikir kepada allah, allah pun mendatangkan satu cobaan untuk uji keimanan dia... ye lah kan allah dan befirman yang bermaksud apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan beriman (saja) mengatakan: kami telah beriman , sedang mereka tidak diuji lagi? surah al ankabut : 2. Tengah duduk kat biara tu, tetiba datang 3 orang lelaki pergi dekat si barshisha ni...pastu diorang pun cakap ala2 gini lew "wahai barshisha ,kami ni nak pergi berjihad di jalan allah, tapi problem sekarang kitorang ada sorang adik pompuan dekat rumah sebelah biara kau ni, takder seorang pun yng menemani setelah allah kecuali hanya kamu, maka wajib bagimu untuk menjaganya hingga kitorang balik dari berjihad" dah dengar diorang cakp macam tu maka si bashisha ni pun setuju la nak jaga adik diorang tu...lepas abang2 buadak pompuan tu pergi, si bashisha ni still la duk kat biara dia.. tetiba datang la bisikan syaitan dekat si bashisha ni.. pastu dia cakap la gini "bashisha..kau tau kan perempuan tu dah jadi tanggungjawab kau, jadi kau kenal la lindungi dia, dia sorang2 tu kesian dia sunyi... ha apekata kau keluar kan kepala kau sikit dari biara ni pastu bagi salam kat dia,kan sopan tu.. perempuan tu dalam rumah pun dia pakai hijab, kau ada full protection dekat dia.. dont worry" dah dengar gitu si bashisha ni pun buat la macam mana yang syaitan tu suruh... second time syaitan tu datang dekat si bashisha ni... ha...korang tau dia suruh bashisha buat ape kali ni? dia suruh bashisha duduk hampir denga rumah perempuan tu, nanti takdelah mamat2 gatal ke jin2 jahat ke kacau perempuan tu.. bashisha yang kuat iman ni pun turun la dekat sikit rumah tu, tapi dia tak jeling sikit pun perempuan tu..kental lagi iman dia ni.. yang si syaitan ni tak putus2 asa datang pulak kali ke 3.. ha kali ni korang tau ?? syaitan ni buat citer sedey pulak kat si barshisha ni..bagitau yang pompuan tu sunyi, takder teman nak bersembang2, family pergi berjihad.. dengar yang si syaitan ni cakap barshisha pun turunla sembang2 dengan perempuan tu... ha kali ke4 syaitan datang lagi kat barshisha.. ni yang melampau..ad ke patut si syaitan ni suruh bashisha buat perkara yang tak sepatutnya pada perempuan tu, sampai satu tahap perempuan tu pulak dah mengandung..
time gadis tu mengandung syaitan datang takutkan si bashisha ni, syaitan tu cakap la nanti kalu sedara2 perempuan tu balik,citer kat abang3 dia, comform sume orang tuduh bashisha jahat..jatuhla air muka dia...baik bunuh je perempuan tu.. terhasut dengan cakap2 syitan ni si bashisha pun bunuhla perempuan tu..
balik je abg3 perempuan tu bashisha reka cerita konon2 adik diorang meninggal dunia sebab jatuh sakit... abg perempuan tu pun sedeylah..tapi nak buat camner dah ajal... sampaila satu malam time 3 orang abang perepmpuan tu tengah lena diulit mimpi, syaitan ni buat hal pulak, masuk dekat dalam mimpi pastu cerita real story pasal bashisha bunuh adik diorang... bangun dari tido abg3 perempuan ni nak dapatkan kepastian g korek kubur adik diorang tengok2 betul la adik diorang meninggal dalam keadaan hamil.. dengan perasaan marah yang membara bagaikan letusan gunung berapi, abg3 perempuan tu nekad nak balas dendam.. datang si syaitan pada barshisha cakap kat dia kalau bashisha nak selamatkan diri baik dia sujud dekat syaitan ni... yang si bashisha ni dengan lurus bendul nye pegi ikut sujud dekat syiatan ni, kafir kepada allah.. abg3 perempuan yang mati dibunuh tadi pulak pergi bunuh bashisha dan menyalip si bashisha ni...

ha...... tengok kisah si bashisha tu... menakutkan tak.... padahal orang yang tinggi ilmu agam tu..rajin beribadah,,,allah nak uji dengan kehadiran seorang perempuan je... inikan pulak kita yang ..emm ntahlah nak cakap ibadah tu setakat mana.. jadinye sahabt2 yang dikasihi sentiasa perbanyakkan amalan, dan berdoa pada allah agar mampu hadapi semua ujian mendatang amin..

Wednesday, November 3, 2010

trademark...


sem ni dah nak berakhir...ahhhh... sahabat2 ramai yang dah nak grade... yang nak praktikel pun ramai juga.... tingggal seminggu lebih je lagi.... satu yang aku suka, sahabat2 ni ada yang suka buat trademark sendiri... kalu cakap je term2 tertentu pasti dah menggamnbarkan sahabat ni.... huhuhu antaranya:

meoowwwwwwww
sentap!!!
what we call it???
berat nanang... (macam salah eja je heheh)
princess
baby girl
dinasour...
ahaaa???
emmm ntah tak tau....

macam2 lagi la... yang pastinya shabat2 ni akan aku rindukan spanjang masa, semoga kalian akan terus istiqomah, semoga bertemu dengan si soleh @ solehah, semoga kalian akan tetap terus berjuang... semoga kita bertemu ditaman syurga... amiiin.....

Friday, October 29, 2010

ape nak jadi dengan malaysia

ape nak jadi dengan malaysia sekarang... memang tiada persoalan lagi malaysia ni negara islam ke tak bagi yang masih lagi tertanya2... hukum islam tak dilaksanakan, sekarang islam pulak dihina.... katanya islamic fashion show, aku tengok dah macam badut sorang2 jalan atas pentas tu... ada ke patut, pakaian tak menutup aurat, si model pula bukan beragama islam, tulisan Muhammad dalam keadaan tonggang terbalik dijadikan hiasan pada baju, si penganjur sendiri tidak bertudung, berpeluk salam dengan yang bukan muhrim... layak ke digelar islamic???.. tak cukup dengan fesyen yang mengajar orang islam membuka pakaian, sekarang nak buka kasino pulak??? dah lepas menghalalkan judi, kasino pula nak dibina... ni bukan negara islam, ni dah nak jadi negara maksiat... ape nak jadi dengan pimpinan sekarang....ha..buat orang2 yang telah layak mengundi, kamu semua fikrkanlah adakah pemimpin sekarang adalah pemimpin yang layak kita ikut.... taatkan pemerintah yang taat kepada allah dan rasul, bukan ta'at kepada pemerintah yang ta'atkan nafsu. adakah pimpinan yang kita pilih tu sebenar2nya pimpinan islam...

Monday, October 25, 2010

bagaimana menjaga keikhlasan

uit...bersarang sudah blog... okey new entry.... eku jumpa dalam satu blog ni...best..tentang bagaimana menjaga keikhlasan.. cukup ikhlaskah kita??? jom nilai..
bagaimana nak jaga keikhlasan hati ketika beramal atau melakukan kebaikan.

Ada satu perkara yang perlu kita fahami iaitu IKHLAS ini adalah buah atau natijah dari keimanan dan ketaatan kepada Allah SWT. Ikhlas tidak dibina diatas dasar yang tidak jelas atau diawang-awangan. Apabila kita benar-benar merasai hakikat kebesaran dan keagungan Allah disamping menyakini segala janji-janji dan ancaman-ancamanNya serta meyakini hari pertemuan denganNya maka ketika itu pohon keimanan yang ada pada jiwa kita mula mengeluarkan buahnya untuk kita petik dan menikmati kemanisannya.

Ya, buah Ikhlas itu manis dan harum. Namun tak semua pohon Iman itu mengeluarkan buah atau hasil. Tidak semua pula yang tahu memetik buahnya untuk menikmati anugerah Allah yang agung ini. Mungkin kita perlu tanya: Adakah benihnya baik, ada tanahnya telah kita gemburkan dan bajai dengan baik, adakah air yang kita sirami cukup dan sebagainya.

Iman tidak akan tumbuh secara mukjizat. Kita perlu tanamkan benih yang asli dan baik; kita perlu bangunkan iman itu diatas asas keimanan dan kesedaran yang betul, bukan kerana keturunan atau warisan tetapi kita perlu melalui proses. Jangan jadikan diri kita seperti 'umang-umang'. Mungkin ada yang tak kenal umang-umang. Lihatlah ditepi pantai, kadang-kadang kita akan temui siput yang berjalan laju. Bukankah berjalan laju itu bukan sifatnya. Kalau kita angkat dan tengok betul-betul rupanya ada ketam yang menumpang kulit siput yang kosong itu. Mungkinkah iman kita begitu? Kita beriman kerana ibu ayah kita beriman atau orang disekeliling kita beriman. Adakah keimanan kita itu asli dan benar. Apakah proses yang telah kita lalui hingga kita yakin bahawa iman kita itu betul.

Dr 'Ali Hasyimi dalam bukunya Syakhsiyah Islamiyyah menyebutkan tentang Iman yang celik. Katanya iman yang celik atau iman yang hidup adalah iman yang tumbuh diatas dasar makrifatullah atau mengenali Allah dengan sebenar-benarnya kefahaman tentang nama-namaNya, sifat-sifatNya dan sebagainya yang berkaitan dengan Allah. Kefahaman ini ditingkatkan hingga melahirkan as syu'ur ma'iyatullah (Rasa sentiasa bersama Allah atau mampu menghadirkan Allah dalam diri kita) hingga kita tidak merasakan sesuatu apapun yang tidak diketahui oleh Allah SWT. Kita merasakan dengan seluruh jiwa kita akan pemerhatian Allah, Maha mendengarnya Allah, Maha mengetahuinya Allah dan sebagainya. Syu'ur atu perasaan ini terus ditingkatkan hingga jiwa kita sentiasa beinteraksi (mukholatah) dengan Allah SWT. Setiap keluhan kita, setiap aduan dan permohonan kita pertama-tama sekali kita hadapkan kepada Allah, tidak pada selainNya.

Inilah tiga tahap penanaman iman hingga Iman itu tumbuh dan berbuah; Makrifah, Syu'ur dan Mukholatah. Ketiga-tiga unsur ini akan kita tingkatkan melalui ketekunan kita mentaati Allah SWT. Bagaimana seorang yang tidak melakukan apa-apa mampu berdoa dengan penuh yakin? Adakah sama doa orang yang begitu berbanding seorang yang bekerja bertungkus lumus hingga pecah-pecah kulit tapak tangannya dan diapun menjaga batas-batas yang ditentukan Allah lalu berdoa menadah tangan mengharapkan Rahmat dan PertolonganNya? Semua ini akan menjadikan hati kita lebih peka dan merasai hubungan dengan Allah.

Bagaimana pula kita nak ikhlas sekiranya kita tidak merasakan pemerhatian Allah SWT bahkan segala bisikan hati kita semuanya dalam ilmu Allah SWT. Jadi kita tidak akan mampu untuk ikhlas hanya dengan keinginan untuk ikhlas atau dengan memaksa hati kita untuk ikhlas. Tahukah kita apa yang paling istimewa dari keikhlasan yang benar? Ya, setiapkali kita berdoa Allah mendengar dan memnuhi permintaan kita, setiap kesempitan hidup Allah lapangkan jiwa kita, setiap kesukaran dan kepayahan Allah akan kuatkan jiwa kita untuk mengharungi, setiap kesedihan Allah akan bahagiakan kita dengan janji-janjiNya, setiap kelalaian kita akan ditegur Allah dengan penh kebijaksanaan kerana kita adalah hambaNya yang dikasihiNya. Boleh anda senaraikan perkara yang lebih anda hajati dari semua ini???

Saturday, October 16, 2010

cupcakes

ade yang tak kena?

Ulasan Bajet 2010 - Macam Ada Yang Tak Kena

Oleh ; Dr Dzulkeflli Ahmad

YAB PM selaku Menteri Kewangan telah membentang Bajet sulungnya petang tadi (Jumaat 23 Okt, 2009). Beliau sangat berhajatkan Bajet 2010nya itu disokong semua golongan dan lapisan rakyat kerana ia bertemakan ’I-Malaysia – Kemakmuran Bersama’. Najib tidak melepaskan peluang ini untuk melonjakkan lagi momentum kemenangan Bagan Pinang seperti yang diungkapkan dihujung ucapan hampir 2 jam itu. Tampaknya dia puas dengan prestasi penyampaiannya dari wajah mukanya.

Umum mengetahui, seperti dirinya juga tahu, bahawa melepasi segala jenis ‘imbuhan’ serta pelbagai peruntukan fiskal samada berbentuk subsidi mahupun penurunan cukai kepada setiap segmen rakyat, realiti yang menanti tidaklah seindah yang cuba ditampilkan.

Defisit Bajet yang dianggarkan 7.6% dari KDNK tahun 2009 ini perlu ditangani, seperti juga beban hutang kerajaan Pusat yang mencecah 52.4% dari KDNK tahun 2009 melonjak dari 41.5% tahun 2008. Pendapatan dari cukai menurun sebanyak 8% – dari RM176.2 bilion yang diramalkan hanya RM162.1 bilion yang mampu dijana.

Kebergantungan pendapatan dari sumber minyak mentah dan gas dalam bentuk dividen, cukai, royalti dan duti ekspot minyak mentah dan gas sudah ke peringkat kritikal. Dari RM19 bilion pada 2004 kepada RM67.8 bilion tahun 2009 atau 43.5 % dari pendapatan kerajaan Pusat. Bukan sahaja ia satu yang tidak wajar, bahkan kita juga tidak menabung ketika sumber pendapatan ini lumayan. Kalau pada tahun 2005 Petronas menyimpan 42.5% dari keuntungannya, kini ia hanya menabung 21.1% dari keuntungannya. Bermakna kita telah membelanjakan kekayaan sumber anak-cucu kita.

Justeru, berlatarbelakangkan kesemua ini, Najib sudah tidak mampu lagi merumuskan Bajet yang ‘populis’ yang disorak dan ditepuk oleh semua pihak. Najib mahu sahaja meneruskan momentum kemenangan Bagan Pinang dengan menampilkan Bajet yang terus mengukuhkan sokongan semua rakyat. Najib macam serba tak kena.

Ini adalah antara banyak dilema yang Najib depani kini. Kalau silap congakan, beliau tahu akan dihukum kemudian. Sebab itu ada perkara yang disebut, tapi macam tak mahu sebut. Contoh jelas ialah GST – Goovernment Sales Tax. Cukai Jualan Kerajaan yang sifatnya cukai ‘Regressive’ atau ‘mengena semua’. Beliau sebut juga tapi langsung tak berani mendetailkan. Najib semacam tak yakin itu baik bagi populariti, bahkan tak tahu meramal tekanan kepada rakyat nanti. Sebetuan tentang pemulihan ekonomi bukan mudah untuk diyakinkan.

Bahkan Najib diperingat bukan sahaja oleh pakar-pakar ekonomi antarabangsa bahkan juga think-tank tempatannya sendiri seperti MIER, bahawa ekonomi global mungkin sahaja akan mengalami pemulihan bukan berbentuk V (turun dan naik), tetapi W yakni dua kali V, maksudnya kebarangkalian akan berlaku sekali lagi kemelesetan selepas pulih sebentar tidak dapat ditolak sama.

Wednesday, October 13, 2010

Jom dapat 4 flat??


Betul ke itu yang kita mahukan ?? mestilah sume orang nak dapat 4 flat betul tak...gile taknak..heheheh... BUT!!!! Something that we must realize is 4 flat is not everyting... am i right??? Ramai student termasuk aku.... belajar bersungguuh2 sampai tak tidor malam, tak makan, tak keluar rumah, tak bangun dari kerusi belajar..macam2 lagi.. tak tengok gaya belajar lagi, ada yang menerap, ada yang berdiri, ada yang sambil makan, yang sambil tidor pun ada (study + tido = stado)aku pun one of the student yang tak dapat lari dar tabiat belajar yang macam ni...tapi hakikatnya sedar tak, study lewat malam, tak tido,tak makan, tak keluar semua tu boleh effect kat korang tau
(termasuk aku hehehe )... kadang2 kenapa bila nak exam kita study punyelah mantoop, tapi result nye ha paham2 la sendiri... banyak tau faktor yang bole sebabkan benda ni... aku amek yang penting je la...
Habluminallah
Hubungan kita dengan allah, yang aku nak cakap adalah, ok kita study banyak sangat dah sampai bengkak mata, tak mandi,tak tidor..tapi ada tak kita letakkan keyakinan @ kebergantungan kita pada allah... nak final tak tidor ,study sampai ke nak masuk dewan... yang kita sebut..eiii takutnya...tak ingat lagi ni..ape soklan hint eh... tapi kita lupa nak nyatakan perasaan kita pada Allah ..sedangkan yang bagi kita kemampuan untuk berjaga malam study sume tu Allah yang pinjamkan energy kat kita..seeloknya...dari kita study sampai ke pagi ape kata kita luangkan dalam 15 minit pun jadi la di atas tikar sejadah... kamudia minta pada Allah agar dipermudahkan untuk kita jwap soklan2 exam..Allah kan maha mendengar... kalu kita study je tapi taknk minta pada Allah..macam mana Allah nak kabulkan doa kita...
Habluminannas
Hubungan sesama manusia,heheheh korang pernah tak ngunpat lecturer????? Haaa tipu tak pernah..(aku pun).... jaga hubungan dengan semua orang , supaya orang senang hati dengan kita dan sentiasa mendoakan yang terbaik dengan kita... janganlah dengan semua orang kau nak cari pasal.. semua pun tak suka nak berbaik dengan kita... sebelum exam tu reti2 lah minta maaf dekat orang yang terdekat dengan kita, dengan ibu ayah, dengan orang yang kita buat salah tu paling penting..dengan orang yang bsgi kita ilmu pun sama..

Sunday, October 3, 2010

ukhuwah kita sampai ke syurga..


Uit..... heheheh... bersawang blog aku... lama tak jenguk...bila korang baca tajuk entry kali ni, mesti rasa cam terharu je kan2.... jiwang la korang ni.... emm kenapa aku nak tulis tentang ukhuwwah hari ni??? (aku jawab sendiri jugak)sebab aku rasa taknak tulis entry lain... :) emm selalu kita cakap dan fikirkan masalah ukhuwah ni sampai nak pengsan rasa betul tak??? muslimin ni tak jaga ukhuwah, tak tau masalah dikalangan muslimin yang lain, buat hal sendiri je.. muslimat ni tak jaga ukhuwah, asyik nak terasa je dengan sahabat, sikit2 sentap... ha apelagi.... nak kata semua pasal ukhuwah lah...tak yah kata korang la, aku pun kekadang ada gak tekena masalah ukhuwah ni, tapi aku jenis malas nak cakne, lantak korang la nak buat ape.. tapi tak memikirkan sahabat pun masalah ukhuwah jugak ye tak....
Tadi aku baca satu tajuk ni, tapi sesuai diaplikasi dalam mana-mana situasi tajuknya: UKHUWWAH ISLAMIYYAH.
Ape yang korang paham tentang konsep ukhuwwah islamiyyah ni???? Tak pelah aku jawap ye… mengikut buku ni , dia tulis “persaudaraan atau kasih saying yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian dari allah s.w.t, dilemparkannya hanya kepada hati-hati hambanya yang ikhlas dan suci”.. ataupun ayat mudahnya rasa kasih saying kerana allah dan benci pun kerana allah… dalam surah al anfaal ayat 63 Allah s.w.t befirman:
Dan dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka , akan tetapi allah telah menyatu padukan di antara hati mereka. Sesungguhnya ia mahkuasa lagi maha bijaksana.
Sekuat-kuat ikatan iman adalah cinta dan berkasih sayang kerana allah dan marah juga kerana allah. (hadis riwayat imam ahmad)
Nak berukhuwah ni bukan benda mudah, nak berukhuwah pun ada syarat-syarat yang korang kena ikut :
1. Ukhuwah yang dibina berlandaskan keikhlasan dan bebas dari sebarang elemen atau sifat kepentingan peribadi atau kepentingan seseorang. Nak katanya bila berukhuwah ni bukan sebab korang ada tujuan tertentu melainkan kerana allah, make it clear kalu korang berukhuwah semata2 sebab nak jaga hati sahabat korang tak kan mampu nak buat kerja islam bersama2 dengan baik, sama gak kalu duk dalam jemaah semata2 nak ikut sahabat dah lama korang keluar dari jemaah tu yela sebab tak tahan perangai sahabat, ada yang gitu ada yang gini sikapnya.. ala.macam astro . macam2 ada.
2. Mereka yang berukhuwah mestilah menlazimi diri dengan manhaj , maksudnya kena melazimi dengan peraturan allah, sebarang masalah rujuk al quran dan sunnah rasulullah s.a.w.. kalau lah kita ikut kisah hidup para sahabat, mereka ni akan bertemu dan Cuma akan berpisah dengan surah al asr dan ucapan salam .. kalu kita memang dalam usrah @ liqa’ je la gini.. kalu jumpa besa2… ha ok lah nak masuk kelas dulu…bye.. kadang2 salam pun entah kemana… aku pun sama gak, ish2…
3. Memperatikkan amalan nasihat menasihati, selalu kita dengar sahabat yang baik adalah sahabat yang menegur kesalahan kita… tapi adakah kita bersedia untuk ditegur?? Menegur suka tapi bila nak ditegur sentap je kejenya.. dah tu gane… dah tu kata sahabat tak memahami… bukan sahabat tak memahami… sahabat Cuma nak tegur, kalu ape yang ditegur tu korang rasa tak kena cakaplah dan beritahu situasi yang sebenar ni tak, memang la sahabat tu tak paham , dah taknak bagitahu…
4. Ukhuwwah yang melaksanakan konsep saling tolong menolong samada dalam susah ataupun senang.. hadis nabi “perumpamaan dua orang yang bersaudara itu adalah umpama kedua-dua tangan yang mana salah satunya membasuh tangan yang lain” tolong sahabat kita untuk menyelesaikan hajatnya sebelum diminta, aku bagi contoh..sahabat ni sebelum tidor malam tadi ada cakap teringin nak makan tomyam , sok tu tengahari gi masak @ beli tomyam pastu ajak dia makan, cube korang letakkan diri korang dalam keadaan sahabat tu.. mesti korang terharu kan… bukan nak bagi dia terharu pun sebenarnya tapi itulah, bila mana dah jadi sahabat ni, ape yang dia rasa itu jugaklah yang korang akan rasa, ape yang dia teringin itu jugaklah yang dia teringin.. pernah ada sorang ustaz ni cakap “kalau kawan antum da masalah nak guna duit 20 sen, antum bukan setakat kena cari 20 sen tu tapi antum kena piker gane nak cari seringgit untuk sahabat tu”
Sahabat ni adalah sebahagian dari diri kita, kalu sahabat sakit, kita takkan mampu nak terlena pun waktu mala, kita orang pertamayang akan berjaga untuk pastikan keadaan dia okey, kalu sahabat ni tak cukup duit, kita sanggup puasa nak bagi duit belanja kita kat dia, kalu sahabat kita ni tak sempat nak siapkan assignment kita lah orang pertama yang akan buka laptop tolong dia siapkan kerja dia, kalu sahabat ni lambat nak pergi mana2, kita ni lah orang yang pertama nak tawarkan bantuan pada dia, takder kenderaan pun sanggup teman dia pergi jalan kaki.. kalu sahabat kita hadapi kesedihan @ masalah kitalah orang yang pertama akan gembirakan buat lawak bodoh kat dia, janji dia happy.. muhasabah balik la termasuk aku, adakah kita ni dah cukup hebat nak level tahap pershabatan kita ni sebagai ukhuwah kerana allah… bak kata nabil lu piker la sendiri… bak kata ustaz (aku tak ingat nama) fikir2kan selamat beramal.

Sunday, September 26, 2010

Algebra Aku rela


agak2 korang kan kenapa kita tak dengar lagu ni kat mana2 radio @ stesen tv??? heheehhehe lu pikir la sendiri

mari berdoa



Doa Rabithah

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

buat sahabat2 yang dikasihi, jangan lupa sentiasa selitkan doa ini dalam ape perjumpaan pun, tak kisahlah di kedai kopi ke, di pantai ke, dimana2 je lah... semoga allah sentiasa menjaga dan mengukuhkan tautan hati kita sume, amin...

Thursday, September 23, 2010

aduhai virus....


alhamdulillah pendrive yang aku kata hilang hari tu aku dah jumpa balik.... sehari selepas aku kehilangan barang2 ni ... lepas aku balik dari kuliah aku letak beg dalam bilik sume.. pastu pergi solat dan berehat jap... pastu aku msuk bilik buka beg... pendrive tu terjatuh dari beg... dalam keadaan yang terkejut aku bersyukur , kerana semua asignment aku selamat lah kiranya sebab dah jumpa pendrive.... pelik bin ajaib... macam mana semalam nye tu aku punggah beg 3 kali tapi tak jumpa2, esoknya elok je ada...huuuhuu..... takpelah yang penting ada... pastu baru sat ni aku buka pendrive... ucapan ribuan terima kasih kepada library kerana telah menyalurkan virus2 cintanya ke dalam pendrive aku...... waaaaaaaaaaaaa habis shortcut sume file... kuang asam punya virus... beberapa2 orang sahabat aku pun mengalami nasib yang sama... cis .. sape la yang mencipta virus ni... tak rasa berdosa ke haaaaa???

Tuesday, September 21, 2010

Subhanallah…. Ape dah jadi nih….



Terlalu banyak ketawa menangis akhirnya, hari ni bermula dari pagi hinggalah ke tengahari, bibir aku ni tek lekang dari senyum, gembira sebab test ditangguh hehehe sebab tak buat persediaan yang mencukupi… bergurau dengan kawan kelas….. tapi sekejap je gembira aku, habis je kelas tadi aku turun ke surau untuk menunaikan solat, dalam masa yang sama menunggu untuk berjumpa dengan seorang adik ni… dah usai solat, aku pun bergerak keluar, sampai je level 1 baru aku perasan yang beg aku ni ringan… bile dilihat2 semula….”ya allah, tertinggal buku”.. aku naik semula ke surau, tapi tak jumpa buku yang di cari… dah haru biru hati ni di buatnya… aku naik ke level 6… kekelas terakhir aku sebelum ke surau tadi… dah ada orang dalam kelas tu.. takpelah masuk je… aku pun Tanya mereka kalu2 ternampak buku yang aku cari…. Mereka kata takde…. Lagila aku pening mana pula buku aku ni… kemudian aku teringat… oooh agaknya kakak yang duduk sebelah aku tadi tolong simpankan kut… aku pun call dia.. “assalamualaikum kak, da tak ternampak buku saya?, tertinggal dalam kelas”…..lama aku tunggu jawapan akak tu dalam 3 ke 4 minit juga la…kemudian dia kata tak jumpa… aku pun matikan perbualan selepas berikan salam…. Kemudian termenung jap kat tangga…… “mana pulak???” tengah2 termenung dapat mesej dari adik yang awalnya aku berjanji nak jumpa tadi… boleh aku terlupa… kesian dia tunggu lama… aku pun turun lah, dan kami pergi makan… makan tadi tak dapat nak berdiskusi lanjut dengan adik ni dek sebabkan kepala aku yang duk berputar2 mengingatkan kemana menghilangnya buku aku , akak minta maaf dik… dalam 3.30 kami kembali ke kampus selepas selesai makan… aku naik ke library sambil hantar msj kepada kakak yang seorang lagi bertanyakan kalu2 ada terjmpa buku aku.. tapi tiada jawapan… punya jauh berfikir sehingga aku buruk sangka pada kakak yang berdua ni, aku duk terfikir mereka ada buku aku tapi taknak beritahu… jahat kan aku….. tapi aku cubala buang perasaan tu…. Walaupun tak hilang sepenuhnya,…. Sampai dekat tempat duduk dekat luar library aku mencari pendrive nipis bewarna silver yang dah hamper setahun menjadi milik aku, ditakdirkan Allah, pendrive tu pun aku tak jumpa.. dua kali aku punggah barang dalam beg ni.. tak jumpa juga….hampir nak menangis aku dibuatnya, itulah satu2nya pendrive yang aku ada, dan yang itu pun dah hilang… cube tenangkan hati, aku masuk kedalam library, untuk buat assignment, terfikir macam mana nak simpan assignment ni tak der pendrive??... timbul satu idea, buat je kemudian simpan dalam draft email, kan boleh online… aku pun siapkan kerja.. dah nak sampai masa library ditutup, aku simpan kerja aku, kemudian buka email… sekali lagi diuji.. email aku tak boleh dibuka… pening memikirkan , macam mana nak simpan memandangkan tiada yang dikenali berdekatan ketika itu untuk pinjam pendrive.. akhirnya.. dengan peraqsaan tawakal kepada allah….aku simpan kerja aku dalam folder di computer library..aku tau risiko besar assignment tu takkan ada pada keesokan hari, sebab biasanya semua computer akan di format semula, bermaksud segala yang disimpan automatiknya akan dimasukkan kan ke recycle bin yang tak boleh nak di restore semula…. Nampaknya esok pagi aku kena bergerak awal ke kampus untuk memastikan aku dapat guna computer yang aku pakai hari ni dengan harapan besar computer tu masih seperti hari ni (tak di format lagi), .sebelum balik, aku singgah di kelas yang aku pegi tadi, tiada yang aku cari disitu…. Kemudian aku teruskan perjalanan pulang ke rumah…. Ambil masa berbual dengan housemate dalam setengah jam, kemudian aku rehatkan mata, terlajak ke 5.15 baru aku terbangun, terus aku tunaikan solat asar… habis solat asar… aku duduk termenung bersandar didinding , masih lagi berfikir kemana menghilang nya buku dan pendrive aku… penat termenung aku buka buka laptop, dan aku tulis ape yang aku telah lalui hari ni… maaf2 sahabat2 mood aku tak berapa baik hari ni …. Maaf andai riak muka ini tak dapat memancarkan senyuman.. bukan aku tak nak bercerita pada kalian, tapi aku bimbang kalu aku ceritakan aku akan dapat feedback yang sama sewaktu aku kehilangan barang kepunyaanku dahulu…cuai, pelupa, leka… aku dah lali dengan jawapan2 tu… terlalu kerap hingga ada masanya buat hati aku terluka , letakkan diri kamu ditempat ku yang memang ku akui mengalami masalah sering lupa yang semakin terukaku sentiasa cuba perbaiki diri.. tapi perjalanannya jauh, bila hendak mengadu, aku terasa seakan2 dipersalahkan semula.. memang salah aku, tapi kalu itu ujian allah berikan pada aku..aku terima... … entahla… buku dan pendrive tu aku serahkan pada allah… barang2 tu boleh diganti… buku boleh di potostate… sahabat2 kalu hilang aku takkan jumpa penggantinya sampai bila2…. Sahabat2 doakan aku …..

Monday, September 20, 2010

JOM BERCINTA !!!!!



Ha!!!!!!!!!!!! Jom bercinta, bestkan tajuk ni, jangan salah faham, bercinta dengan allah bukan dengan manusia…. Sejauh mana kita dapat pastikan yang hati kita ni betul2 tertaut pada pencipta kita… kalu dengan manusia yela korang boleh buat macam2 nak cakap I luv u ke, mesej ke, ape2 je la… ha sekarang ni kita nak belajar step2 untuk mencintai allah… aku dapat dari majalah solusi ni, nak share dengan korang … jom baca, dan mari beramal    …
Langkah Mencintai Allah s.w.t:
1. Amalkan segala suruhan allah dengan bersungguh-sungguh dan tanpa banyak soal dan alas an.
2. Jauhi larangan allah dan jangan sesekali dekatinya apatah lagi melakukannya. Simapanlah rasa tidak sedap hati saat kali pertama melakukan sesuatu yang dimurkai allah sebagai bekalan menjauhkan diri dari maksiat.
3. Letakkan allah sebagai priority dalam hidup dan dahulukan allah dalam segala sesuatu, tidak kira ketika melakukan ibadah atau saat perlukan pertolongan.
4. Sentiasa berdoa dalam setiap perbuatan kerana itu akan mengingatkan kita kepada allah setiap masa.
5. Reda atas segala ketentuan qada dan qadar terutamanya jika ditimpa musibah.
6. Kerahkan semua anggota badan mentaati allah , termasuk hati dan juga lidah.
7. Anggap dunia sebagai sebuah penjara. Abu hurairah meriwayatkan sabda rasulullah yang bermaksud “dunia itu penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.” Apakah bekalan yang biasanya dibawa balik oleh seorang banduan ? apakah dia mampu membawa harta kekayaan atau sijil yang mengiktiraf tahap inteleknya? Banduan biasanya hanya mampu membawa keluar samada sikap lamanya atau sekeping hati yang bersih.
8. Renew. Sentiasalah perbaharui cinta kepada allah . dunia ini melelahkan kerana tempat beristirehat hanyalah di akhirat. Lepas satu kebaikan dan ibadah dikerjakan , lakukanlah yang lain pula.
9. Aktif. Seorang hamba yang betul2 mencinatai allah akan jadi ibarat peniaga yang tamak, pantang ada peluang melakukan ibadah akan terus dilaksanakan tanpa tawar menawar.
10. Cintailah apa sahaja yang disukai allah dan bencilah apa jua yang dibencinya.

Monday, September 13, 2010

selamat menyambut hari lahir


sahabt2ku yang dikasihi, aku ucapkan selamat hari lahir buat kalian, maaf akan kelewatan ucapan ini, semoga kalian semua sentiasa didalam redha illahi:
sahabat2ku yang dah semakin meningkat usia @ tua heheehe:
ummi zainur
ukhti fatma
muslim 24 jam
pengamanah agama

Kewajipan Muslim Terhadap Masa



1. Menjaga masa :
Sebagai seorang muslim, menjaga masa adalah menjadi satu tugas utama yang perlu dijaga , malahan lebih lagi dari kita nak menjaga harta benda yang ada . Allah sangat membenci orang yang mensia-siakan masa , pepatah arab ada mengatakan “waktu itu ibarat pedang , jika kamu tidak memotongnya dia pula akan memotong kamu”. That’s why we have to motivate our self everyday by setting this in our mind “today must be much better than yesterday, and tomorrow must be much-much better than today”.

2. Pembaziran masa :
As a Muslim we must able to manage well our time , the person who let their golden time running away , should be punish badly more than spendthrift , just remember one thing “you lost your money, you are able to get it back, but whenever you lost your time, you will never get it back.”

3. Pengisian masa kosong :
Nikmat kelapangan masa adalah satu nikmat yang kadang2 disalah guna oleh certain people yang still did not realize the importance of time, and they did not bersyukur dengan nikmat masa lapang ni. Dalam satu Hadis Rasulullah S.A.W :
Dapatkan saham keuntungan dalam masa lima waktu sebelum lima waktu yang lain .
1. Masa hidup sebelum mati
2. Masa sihat sebelum sakit
3. Masa lapang sebelum sibuk
4. Masa muda sebelum tua
5. Masa senang sebelum papa.

4. Berluma-lumba ke jalan kebaikan :
As a muslim we must know how to appreciate our time, by make sure that our free time being use in appropriate way. Al-Quran sangat menekankan supaya dalam masa yang lapang kita hendaklah berlumba-lumba mengerjakan kebaikan , sebelum datangnya kesibukan dan kesusahan. Which means, whenever you have a free time don’t waste it, gunakan sepenuhnya, jangan masa dah lama berlalu baru kita menyesal..

5. Jadual waktu :
All Muslim should prepared their on schedule , so that they will more organize in their life management , must consider everything in order to do well with their schedule, make sure that there is fiqh awlawiyat & fiqh muwazannah being applied in our life..

Guys, I’m not the right person to give all this, but I just want to share with all my beloved sahabat, sorry for all teachers who read my article, yes I know all the grammar was “tunggang langgang” here…hehehe tell me if I’m wrong.. luv u guys..

Friday, September 10, 2010

salam aidilfitri..


salam aidilfitri buat sahabat2ku yang jauh di mata tapi dekat dihati hehehehhe...
aidilfitri kali ni sambutanya sama seperti biasa, cume yang berbeza perasaan aku ketika menyambut lebaran..emmm yang berbeza tu biarlah aku je yang tau.. cuma yang aku nak kongsikan mesej2 raya yang dikirim sahabat2 pada ku:

pelita dipasang penaik seri, ramadahan diganti si aidilfitri,msg pendek pengganti diri, sebagai tanda sentiasa diingati, selamat hari raya aidilfitri , maaf zahir dan batin.

salam syawal, semoga keluarnya dari madrasah ramadhan ini, menjadikan kita insan yang makin mentaati perintah dan menjauhi laranganya, ampun dipinta jika ada tersilap kata tersalah cara, maaf z&b.

kecil besar tua muda , semua menyambut hari bahagia, maaf dipohon atas segala, dendam kesumat terlerai jua, selamat hari raya.

selamat hari raya maaf zahir dan batin, moga kedatangan syawal disambut dengan penuh kesederhanaan.

salam alaik, salam idulfitri 1413h, mohon maaf sangat2 segala salah silap sepanjang perkenalan, sambutlah hari kemenangan ini dengan penuh rasa kesyukuran.


for those yang aku tak sempat tulis kat sini ucapan2 raya yan gdi send kepadaku , mohon maaf yea..ni mana yang sempat aku tuls dalam kegamatan raya ni hehehe...

Saturday, August 21, 2010

SIFAT-SIFAT YANG PERLU ADA PADA PIMPINAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

SIFAT-SIFAT YANG PERLU ADA PADA PIMPINAN

1.Mengenali da’wah
Jaminan kejayaan pimpinan adalah bergantung kepada rapatnya dengan barisan pimpinan, begerak bersama-sama dengan kupulan yang bergerak dan jagnan sekali-kali mengasingkan diri. Tanggungjawab pimpinan menghendaki ia sentiasa berhubung dengan barisan tentera da’wah, mengetahui masalah mereka serta mengetahui pemikiran mereka.

2.Mengenali diri
Seorang pemimpin wajib mengetahui tempat-tempat kekuatan dan kelemahan dirinya untuk mejadi pemimpin yang berjaya , dengan sebab itu seorang pemimpin mestilah mempunyai sifat-sifat berikut.
a. mengetahui sudut 2 kelemahan dan berusaha memperkuatnya.
b. mengenali sudut2 kekuatannya dan berusah untuk menggerak dan menyuburkannya.
c. dia mengambil berat mengembangkan ilmu dan membaca pendapat-pendapat, pemikiran-pemikiran politik, kemasyarakatan, ekonomi dan sebagainya.
d. dia mengambil berat mengenali tokoh-tokoh pemimpin islam dan lainnya, di samping berusaha mengetahui cara-cara pimpinan serta factor-faktor kejayaan atau kegagalan mereka.

3.Mengambil berat tentang ahli
Pemimpin mestilah bertindak mengambil berat tentang ahli, cuba mengetahui mereka secara bersungguh-sungguh mengikut keadaan hidup dan kedudukan mereka, bersimpati dengan mereka, bekerja menyelesaikan masalah mereka semuanya, membantu kemantapan ahli dan mengukuhkan kepercayaan kepada mereka kepadanya. Dengan itu dia dapat menggunakan tenaga mereka.

4.Teladan yang baik
Ahli sentiasa melihat pemimpin mereka sebagai contoh dan teladan untuk mereka ikuti jejak langkahnya. Jadi tingkah laku pemimpin, kegiatan, sikap aktifnya , akhlaknya, perkataanya dan kerjayanya, semuanya itu memberi kesan yang mendalam kepada jama’ah seluruhnya. Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam adalah menjadi teladan kepada para sahabatnya.

5.Mempunyai pandangan yang mantap
Keupayaan seorang pemimpin bertindak segera lagi tepat serta dapat menyelesaikan masalah dalam semua suasana dan keadaan akan dengan sendirinya mendapat penilaian dan kepercayaan ahli. Tetapi sebalinya pemimpin yang tidak tegas dan teragak-agak kana menyebabkan timbul keadaan kucar-kacir, kurang kepercayaan dan kurang berkesannya kepimpinan mereka.

** guys, article ni bersumberkan buku haraki "golongan yang tercicir dari jalan dakwah".. ditujukan untuk semua termasuk aku, kita semua adalah pemimpin dan kita semua juga bertanggungjawab ke atas ape yang kita pimpin, kadang2 bila berada di atas, tak semua yang di bawah dapat kita perhatikan, dan ada kalanya kita membuat silap tanpa kita sedari.. itu lah gunanya duduk dalam j, kekurangan kita ada sahabat lain yang boleh tampung, dan kelebihan kita boleh menampung kekurangan sahabat.. itulah pentingya memastikan kita ada hubungan yang baik sesama sahabat, bak kata pepatah "cubit peha kiri, peha kanan terasa jugak", jangan cubit peha kiri , peha kanan buat tak tau.. bahaya sikap tu... saling memahami itu perlu...fikir-fikirkan .. wallahualam**

Sunday, August 15, 2010

asignment banyak .....


isnin - presentation
selasa - tutorial
rabu - tutorial, pastyear
khamis - test
jumaat - test

wah banyak nyer perkara minggu depan... emm tu la yang selalu bermain dalam fikiran aku dan barangkali sahabat2 juga, maklumlah sebagai yang terlibat dalam jalan dakwah kita bukan sahaja ada tanggungjawab sebagai anak dan sebagai student tapi juga sebagai seorang daie.... tapi kekadang kita juga menjadikan tugasan2 akademik ni sbagai penghalang untuk kita bergerak kerja dalam jemaah.. betul tak???? tak betul? ikut korang la, tau la nilai diri masing2 gane yer.. aku type benda ni sebab kekadang aku pun jadi gini gak... berbalik kepada persoalan aku tadi, betul ke tidak??? buktinya?? sama ada korang @ aku pernah bagi alasan begini, ataupun berperasaan bergini:
a) buat mtg jumaat ni?? ana tak datang boleh?? bukan ape, isnin ni ana penuh ada test, quiz, presentation, sume srentak...
b) emm anta buatlah dulu taklifan tu 85%, nanti lagi 15% ana siapakan, kalu ana tak sempat, anta boleh tolong siapkan full 100% taklifan tu kan?? ana bz sekarang ni , kos ana ni susah nak score A, Kos anta senang je, tak banyak asignment.. boleh ye??? sanggup tak berkorban untuk sahabat??
c) "ish asyik aku je kena uruskan mtg ni, orang lain takde ke... tak tau ke aku bz, dah banyak dah kerja aku buat, dah banyak dah aku sumbang dekat j ni, tak cukup2 lagi ke? .." monolog hati..
d) maaf tak boleh datang usrah malam ni, lusa ana ada 10 test... emm takpe2 enti dengarlah usrah tu nanti enti citer kat ana, itupun kalu ana dah siapkan 20 asignment yang ana tak buat lagi tu.

emm kalu nak ikutkan kerje, korang tak yah kira la berapa banyak... sikit je kerja kita, kalu nak kata banyak kerja , pergi bandingkan dengan orang yang lebih banyak kerjanya dari kita, ingat la satu benda, ape pun yang ada kat kita sekarang tu suma loan je Allah kasi kat kita, takkan sikit pun kita tak boleh nak bekorban buat kerja Allah, nak tegakkan islam ni, bukan nak buat benda remeh temeh.. tapi dalam masa yang sama jangan la korang buat kerja jemaah sampai lupa akademik, lupa mak ayah. korang kena ingat, akademik hak mak ayah, hantar masuk u supaya korang belajar dapat ilmu, ni jangan sampai tak balance plak, "takpela ana berkorban untuk jemaah, ana tak kisah repeat 10 kali ana redha" korang jangan buat hal.. jangan sampai jalan dakwah kita ni jadi fitnah kat kita, emm apa-apa pun pandai2 lah korang nak tentukan, nak berbakti pun pada pencipta kita, takde salah der.. k lah korang dah besar, aku pun dah besar so apelagi lu pikir la sendiri... muhasabah balik, termasuk diri aku sendiri, ...

Tuesday, August 10, 2010

10 Hal Yang Mendatangkan Cinta Allah

Saudaraku, sungguh setiap orang pasti ingin mendapatkan cinta Allah. Namun bagaimanakah cara untuk mendapatkan cinta tersebut? Ibnul Qayyim Rahimahullah menyebutkan beberapa hal untuk menerangkan maksud perkara tersebut dalam kitab beliau Madarijus Salikin , tahap-tahap menuju wahana cinta kepada Allah adalah seperti berikut:


1) Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar.

Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan al-Qur’an agar difahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah SWT. Al-Qur’an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak boleh ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan

“Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas makhluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan seperti itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.

Perkara ini boleh dilakukan umpama seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. (Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an)


2)Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat, setelah mengerjakan ibadah-ibadah wajib.
Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunat, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, diantaranya adalah solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, sedekah sunat dan amalan-amalan sunat dalam haji dan umrah.

3)Terus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.

Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah bergantung kepada kadar zikirnya kepada-Nya. Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.

Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.


4)Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsunya.
Melebihkan cinta kepada Allah daripada cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun berisiko tidak dicintai oleh makhluk dan harus menempuh berbagai kesulitan. Inilah darjat para Nabi, diatas itu darjat para Rasul dan diatasnya lagi darjat para rasul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab baginda mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.

5)Merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.
Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu’athilah, fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).

6)Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir mahupun batin akan mengantarkan kita kepada cinta hakiki kepada-Nya.
Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah SWT. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara lahir dan batin, akan mengantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNya.

7) Menghadirkan hati secara keseluruhan (total) semasa melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya inilah yang disebut dengan khusyu’.
Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan mengantarkan kepada cinta Allah yang hakiki.

8)Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir.
Di saat itulah Allah SWT turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an) dan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.

9)Bergaul bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin.
Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahawa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.

10)Menjauhi segala sebab yang dapat menghalang komunikasi antara dirinya dan Allah SWT.

Semoga kita sentiasa mendapatkan cinta Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap degup jantung dan setiap nafasnya.
Ibnul Qayyim mengatakan bahawa "kunci untuk mendapatkan itu semua adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati."


Sumber: Madaarijus Saalikin, 3/ 16-17, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, terbitan Darul Hadits Al Qohiroh