Wednesday, June 30, 2010

kunjungan ke rumah sahabat

dah lama tak jumpa sahabat ni, alhamdulillah dah melangsungkan perkahwinan beberapa minggu yang lepas. seronok rasanya bila melihat sahabatt gembira disamping pasangannya... aku mendoakan agar kebahagiaan menjadi milik mereka hingga ke akhir hayat insya'allah... tadi bila sembang2 mengenai jemaah... mengingatkan aku kepada tanggungjawab yang kian berat... bukan aku kata bebanan tapi biasalah apa2 sekali amanah yang diberi pasti akan terasa berat untuk kita jalankan... banyak perkara dan pembaharuan yang perlu dibuat... yang lepas biarkan berlalu dan aku ambil iktibar dari apa yang berlaku...
wahai diriku....
jangan dikau merasa lelah,
jangan dikau merasa penat,
jangan dikau katakan tidak,
slagi mana tiada tindakan yang dibuat,
engkau mampu lakukannya,
engkau lemah, kerana itu engkau perlu berada dalam jemaah,
engkau perlu sokongan sahabat,
dan sahabat sentiasa ada untuk beri pertolongan pada engkau...
carilah ilmu walau apa pun caranya,
jadilah muka tembok kalu itu yang perlu,
jadilah penyebok kalu itu yang seharusnya,
ingatlah diriku, kehidupan didunia hanya sementara,
gunakanlah sepenuhnya masa yang ada untuk berjuang dijalanNya,
kerana engkau tidak tahu, bila ajal bakal menjemput...
wallahualam

Monday, June 28, 2010

halal vs haram... @ halam????



emmm pening dengan sebahagian umat yang mengaku islam tetapi tidak islam pada dasarnya.. jika dirinya benar2 seorang islam, pastinya tidak akan ada perkara yang haram dihalalkan.... ish mengarut ni sume!!!! dalam al-quran jelas lagi terbukti mana yang halal mana yang haram..apesal la pandai2 nak ubah hukum... lebih menyedihkan apabila orang yang tahu selok belok agama yang memulakan.... tak guna dapat jawatan setinggi langit pun kalu hukum Allah kau nak main2 kan.... "takpe buat lesen judi, boleh bantu ekonomi negara", "takpe salam dengan bukan muhrim yang lebih dewasa daripada kita, tak timbul shahwat pun"... banyak cantik fatwa yang dibuat..amek dari kitab mana ni??

CUBALAH!!!



Jangan hadiri mesyuarat jika dipanggil,
Jika datang ke mesyuarat, sentiasalah lewat,
Jika datang ke mesyuarat , carilah kesalahan ahli lain ,
Jika dilantik jadi ahli jawatankuasa atau diminta sumbangan,
Jangan bekerjasama tetapi sentiasalah mengkritik ape yang dbuat jemaah,
Jika ditanya oleh pengerusi sebarang cadangan mengenai perkara penting,
Katakanlah “no komen” tetapi sesudah mesyuarat beritahu semua orang ‘sepatutnya kita begini,begini.
Bila sesuatu aktiviti dianjurkan, beritahu semua ahli ‘kita sebenarnya membazir’’
Jika tidak dianjurkan sebarang aktiviti, hebahkn bahawa jemaah kita telah mati.
Jika anda dilantik memegang ahli jawatankuasa, tolaklah dengan alas an tidak mampu,
Jika diberi amanah letaklah jawatan dengan alas an tidak diyakini.
Bila menghadiri mesyuarat, sokonglah semua perkara selepas itu jangan berbuat ape2
Sentiasalah lengah-lengahkan kerja jema’ah atau mengambil sikap tidak berbuat apa-apa langsung.

JIKA SEMUA INI ANDA IKUTI, ANDA BERJAYA MEMBUNUH JEMAAH

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati
Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanat
Yang dipercakan kepadamu, Sedang kamu mengetahui.
(al-anfal:27)

Wednesday, June 23, 2010

diam.. baik ke tak?

bercakap tentang diam... adakah berdiam diri baik untuk kesihatan??
huuhhu, takder kaitan dengan ape2 pun fizikal badan kita ye tak??
ape yang kita tak tau ialah ...... bila kita terlampau diam pun da msalah juga..
masalah kepada siapa?.... masalah pada jiwa kita.... terlampau berdiam diri, cuma duduk dalam dunia kita sendiri, seolah2 tiada orang lain... ayooooooooo... nasib baik aku bukan pendiam.. banyak mulut aku ni... huhuhu kawan2 kalu aku diam sehari tu maknanya aku tak berapa sihat la tu.. sebab selain tidor dan solat, waktu sakit je la aku diam... lain la kalu aku ngigau time tido.huhuhu... apesal tetiba aku buat entry pasal diam niih??? ha.... meh sini aku jawap.. sebab semalam aku g kuliah,da ustaz ni bagi, best sei kuliah nya, tapi aku tak berapa nak faham sangat sebab speaking indon maaaaa... plus anak2 kecil yang berlari kesana, kesini, kesinun dan kemana-mana lagi.... aku sempat dengar berkenaan 4 hadis yang dibacanya, dan diam ni yang paling aku fokus sikit...
katanya bila terlampau diam ni hukumnya makruh.... ha baru aku tau da hukum rupanya kalu terlampau berdiam diri ni... memang betul kadang2 lebih baik kita berdiam diri, dan didalam berdiam diri tu kita berzikir untuk mengelakkan kita bercakap perkara yang tidak sepatutnya.tapi satu perkara kita perlu ingat, disekeliling kita juga ada manusia lain, yang nak bercakap dengan kita, nak tahu perkembangan kita.. tapi kalu kita terlampau berdiam diri, sehingga boleh menyebabkan orang lain takut nak berinteraksi dengan kita.. jangan ia sampai menimbulkan fitnah bagi diri kita sendiri.. itu yang bahaya kalu terlampau berdiam diri.. wallahualam

Tuesday, June 22, 2010

ujian..

bila bercakap mengenai ujian... banyak ujian yang kita hadapi.. ujian peperiksaan, ujian kesihatan, pelbagai lagi ujian.. dan ujian yang betul2 mencabar kita adalah ujian hidup.. yang mana ujian hidup ini akan hadir diluar jangkaan kita. Bak kata orang malang tak berbau... betulke statement ni??.. memang lah malang tak berbau, ke ada orang yang boleh hidu bau malang?? meh cita kat aku sikit camner bau dier... nak gak bau.. dek sebab kita tak dapat tahu ujian ape yang bakal menimpa kita, maka kita perlu bersedia... bersedia yang bagaimana persoalannya?? pada aku sendiri, bersedia bermakna kita redha dengan ketetapan illahi, bersangka baik dengan allah swt.. jangan sesekali kita bersangka buruk dengan Allah swt.. ha.... macam mana plak bersangka buruk ni?? (aku tanya aku gak yang jawap..huhuhu)bersangka buruk ni adalah bila mana kita merasakan lelah (penat) dengan ujian yang kita hadapi, nak tau lelah macam mana?? ni antara ayat-ayat orang yang lelah dengan ujian:
1. adoooiii... apesal la time2 ni tayar motor ni pancit...
2. penat aku baca buku, tak lulus jugak..
3. aduhai, dah la ptptn tinggal sepuluh hinggit, macam mana nak makan lagi 2 bulan ni
.......

bersangka baik dengan allah swt plak, bila ditimpa ujian:
1.tayar motor pancit... emm takpelah hari ni aku jalan kaki.. gunakan nikmat yang allah bagi kat aku ni...at least ada kaki boleh jalan ... kalu takde kaki camner...
2.takpelah tak lulus, aku dapat setimpal dengan usaha aku...akan datang buat yang terbaik dapatkan dekan lah.
3.takpelah sepuluh hinggit..aku pose..pose ramadhan pun sebulan boleh buat.. tambah lagi sebulan je nih..

sahabat2,kakak2,adik2,pakcik2,kakcik,tok nek....sume la... jangan mengeluh bila diberi ujian, ujian tu kan tandanya Allah swt syg kat kita... kan allah dah bgthu kenapa allah timpakan ujian pada kita, sebab nak uji iman kita..
"apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiar hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman' dan mereka tidak diuji?" (al-ankabut:2)
baca tu!!!! allah nak uji, betul ke tak kita ni beriman... hatta kita gi mana2 pun ada ujian kan...tu..realiti show imam muda tu... nak masuk kena gi audition..ujian gak tu... dah masuk pun ada ujian jugak... ha tengok....

muhasabah diri sama2, sebenarnya ujian yang kita terima ni sikit sangat... ciput je... setiap kali rasa ujian menimpa, yakinlah sesungguhnya ada hikmah disebalik suma yang terjadi... don't try2 to give up... orait!!!

Saturday, June 19, 2010

kembali..


semalam akhirnya sampai juga aku ke rumah sewa... gembira nya bertemu sahabat sukar digambarkan...maklumlah bila cuti masing2 melepaskan rindu bersama family, bila dah bersama family, sahabat pula yang dirindui. Rindukan gelak ketawa bersama, makan bersama, sembang bersama,tidur bersama, macam2 lagi yang dilakukan bersama.. semoga rindu yang allah titipkan dekat hati aku ni berkekalan buat selamanya, biarpun satu masa nanti aku akan terpisah jauh dengan sahabat, aku harapkan perasaan rindu ni takkan pudar......

Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepadaMu, bertemu untuk taat kepadaMu, bersatu dalam rangka menyeru (dijalanMu), dan berjanji setia untuk membela syariat Mu, maka kuatkanlah ikatan pertaliannya. Ya Allah, abadikanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahayaMu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada Mu, hidupkanlah dengan ma'rifat Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid dijalan Mu. sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.Allahumma Amin. semoga selawat dan salam tercurah kepada ,Muhammad saw, keluargaNya serta sahabat baginda..

Tuesday, June 15, 2010

Opss!! CCTV di Mana-Mana

from: www.iluvislam.com



Teknologi semakin berkembang maju. Di bank, bangunan-bangunan besar semuanya menggunakan alat kawalan keselamatan untuk mengelakkan berlakunya kecurian, atau sesuatu yang tidak diingini.

Tetapi sejauh mana alat berteknologi canggih ini seperti CCTV mampu mengawal serta mengenalpasti pencuri mahupun perogol atau sebagainya dengan jelas? Tidak semua bukan?

Sedarkah anda, sebelum penciptaan CCTV dan sebelum penciptaan manusia lagi sudah wujudnya 'CCTV' yang tidak pernah rosak dan berada di mana-mana sahaja.

Wahai muda-mudi sekalian,

Seronok bukan berbuat maksiat di hotel-hotel, di dalam hutan, di rumah kosong, di rumah sewa, di dalam panggung wayang. Ah! Tak siapa yang nampak, apa yang perlu ditakutkan. Ingatlah, mata, tangan, kaki, hatta alat sulitmu, malah meja, katil, rumah, pokok dan apa yang ada di sisimu ketika kau berbuat maksiat, semuanya adalah 'CCTV' yang akan menjelaskan segalanya di akhirat. Tidakkah engkau takut wahai remaja. JELAS dan NYATA. Tidakkah kau berasa malu di hadapan Allah nanti.

Telah Allah berikan nikmat mata, nikmat tangan, kaki, dan yang paling berharga nikmat hidup dalam Islam, tetapi kau tidak gunakan sebaik mungkin. Tak cukup dengan dosa berbuat maksiat, kau tambahkan pula dosa membuang bayi, lebih dahsyat kau sanggup pula membakar bayi yang tidak berdosa itu. Tak mengapa, mungkin sekarang kau terlepas dari dihukum di dunia. Tapi ingat!! Kehidupan kau tak akan tenang, dan kau akan lihat sendiri semua yang memandang kau membuang bayi itu, burung, masjid, tong sampah, lipas atau tikus akan menjadi 'CCTV' di akhirat.

"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun maka dia akan melihat balasannya." (Surah Al-Zalzalah, ayat 7-8)




Wahai ibubapa,

Sedih bukan melihat bayi dibuang dibakar dengan tragis sekali? Tetapi sebenarnya sedih lagi jika kita sebagai ibubapa tidak mampu menjadi ibubapa yang bertanggungjawab mendidik anak-anak agar menjadi anak soleh dan solehah. Sedih lagi jika kita membiarkan anak-anak kita berpakaian ketat, tidak bertudung, merempit, bergaul bebas, kerana inilah pencentus terjadinya zina dan akan menyebabkan lahirnya anak luar nikah dan seterusnya pembuangan bayi pun berleluasa. Ingatlah, sebagai ibubapa, kita wajib mendidik anak-anak agar menjadi insan berguna dan bertakwa. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga dalam mendidik anak-anak. Jadilah contoh yang terbaik buat mereka sebagai garis panduan kepada mereka.

"Wahai anakku! Laksanakanlah SOLAT dan suruhlah manusia berbuat yang makruf dan cegahlah mereka dari yang mungkar, dan bersabarlah menghadapi apa yang menimpamu." (Surah Lukman)


Wahai para pengumpat,

Tidak takutkah engkau pada setiap apa yang engkau perkatakan? Allah benci pada dirimu kerana sifatmu yang suka membuka aib orang lain. Dari umpatan akan menjadi fitnah. Tak cukup dengan dosa umpatan ditambah pula dengan dosa fitnah.

"Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela" .."Pasti akan dilemparkan ke neraka Hutamah" (Surah Al-Humazah)

Ingatlah wahai semua insan, selagi kita masih hidup berbuatlah amal kebajikan. Sesungguhnya, Allah menyukai insan yang mampu menutup keaiban orang lain. Berkatalah apabila perlu, kerana diam itu lebih baik dari berkata yang sia-sia. Hiasi bibirmu dengan zikrullah , sempurnakan solat 5 waktumu, tunaikan kewajipanmu sebagai hamba Allah.

Bertaubatlah sebelum kita terlambat. Sesungguhnya dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin yang sentiasa mengawal nafsu dan godaan syaitan.




"Hadiah berharga bagi orang mukmin adalah kematian."
(Riwayat Ibnu Abiddunya, Al-Tabrani dan Hakim)


Janganlah kita teperangkap dengan "CCTV" yang kita cipta sendiri di dunia. Kerana kita akan lihat segalanya semula di akhirat. Dan sesungguhnya akhirat adalah penjara bagi insan yang tidak mengikut suruhan-Nya dan melakukan apa yang dilarang-Nya.

"Sesiapa yang tidak senang menemui Allah, maka Allah pun tidak senang menemuinya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)