Wednesday, November 24, 2010

Ukhuwwah islammiyyah nadi gerak kerja islam

Mukadimah:

“Tidaklah dua orang muslim berjumpa, lalu berjabat tangan, kecuali keduanya diampuni sebelum keduanya berpisah”

Imam As-syahid Hassan Al Banna di dalam kitabnya MAJMUAH RASAIL mendefinasikan ukhuwah islamiyyah merupakan keterikatan hati dan jiwa antara satu sama lain berdasarkan kepada ikatan aqidah. Syed Qutb pula dalam kitabnya petunjuk sepanjang jalan dakwah ‘Tiada hubungan persaudaraan yang tercetus dari aqidah dan keyakinan kepada Allah, bila sahaja tali aqidah itu sudah terjalin , maka seluruh orang beriman itu menjadi orang bersaudara, walaupun mereka tidak dipertalikan dengan sebarang hubungan perkahwinan ataupun keturunan darah’

Hakikat ukhuwah islamiyyah:
1. nikmat allah swt (al-imran:103)
2. merupakan perintah rabbani
3. merupakan cermin kekuatan iman (al-hujurat:10)

Perbezaan ukhuwah islamiyyah dan ukhuwah jahiliyah :
Ukhuwah islamiyyah bersifat abadi dan universal kerana berdasarkan aqidah dan syariat islam. Ukhuwah jahiliyyah bersifat sementara (dibataskan oleh masa dan tempat) iaitu ikatan selain ikatan aqidah misalannya seperti nasionalisme, assabiyah san berkepentingan peribadi.

Virus-virus ukhuwah:
1. Tamak akan kenikmatan dunia (taha:20)- apabila kita selalu membandingkan diri kita dengan orang yang diberi kelebihan kenikmatan dunia, mata kita akan tertumpu kepada kenikmatan orang lain. Hal ini memberi impak kepada urusan agama , kerana hati akan selalu melihat kepada mereka yang lebih rendah kadar ketaatannya. Hati juga mula berubah ketulusan terhadap persahabatan yang terjalin atas nama ukhuwah islamiyyah tadi, kerana perhatian tidak lagi tertumpu kepada orang yang lebih tinggi kadar ketaatan agamanya . tetapi kita akan lebih mudah terdorong untuk mengagumi dan mencontohi mereka-mereka yang mendapat kenikmatan dunia. Contohnya pointer tinggi.
2. Lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama – jika hubungan persahabatan kering dari mana-mana zikir-zikir , ibadah, saling menasihati, mengingatkan perihal akhirat dan mendorong semangat dakwah, maka kegersangan ukhuwah akan semakin terasa , lalu beralih menjadi lagha dan perdebatan yang sia-sia. Hati bertambah keras dan cepat bosan , sementara lagha membuka ruang kepada perselisihan , yang akhirnya menjadi dosa sebagai dinding pemisah yang meleraikan ikatan ukhuwah dan memisahkan dua sahabat.
3. Mengadakan perbicaraan rahsia (al mujadilah:10) – “jika kamu bertiiga , maka janganlah ada dua diantara kamu membuat perbicaraan rahsia tanpa melibatkan yang lain, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih. ”
4. Keras kepala, enggan menerima nasihat dan saranan – sikap keras kepala dan enggan menerima nasihat , membuat seorang sahabat merasa kesulitan untuk terbuka dalam setiap perbicaraan , bahkan mungkin wujud anggapan sombong . dari sini bibit-bibit kebencian akan tumbuh dari dalam diri, dan akhirnya tali persahabatan tidak akan dilanjutkan. Kerana itu, jangan mengeluarkan kata-kata yang cenderung meremehkan , atau menganggap rendah idea dan saranan orang lain. Sebaliknya nada anda memberi dukungan , menanggapi secara sopan dan penuh lapang dada, apalagi jika sikapnya tidak berlebihan.
5. Memberi teguran dihadapan orang lain - setiap teguran yang diberi tidak semuanya akan mendatangkan kesan dengan segera . Beri masa dan peluang kepada sahabat untuk menerima teguran tersebut meskipun memakan masa. Terkadang ada yang menafsirkan teguran gagal apabila sahabat tidak berubah seperti yang diinginkan, dan terus menekan sehingga nampak berlaku perdebatan. Lumrah manusia, enggan mengakui kesalahan secara langsung. Sentiasalah berlapang dada, nescaya ukhuwah akan bertambah erat.
6. Sering menegur , cenderung berfikiran negative, enggan memaafkan – terimalah sahabat dengan segala kekuranganya sebagaimana kebaikan mesti diterima walau kecil wujudnya. Siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat. “seorang suami mukmin tidak akan memarahi isterinya yang Mukminah, apabila ia tidak suka terhadap perangai isterinya , maka ia akan menyukai perangainya yang lain”
7. Enggan mengungkapkan perasaan cinta , dan enggan membela sahabat apabila aib mereka dibuka – “jika seseorang mencintai saudaranya , maka khabarkanlah bahawa ia mincintainya”
8. Mencampuri masalah peribadi – “diantara tanda kebaikan islam seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna baginya”

Kesimpulan:

Ukhuwah yang terjalin secara normal tidak menuntut ape-ape hal yang bertentangan dengan kepentingan peribadi. Ukhuwah dalam keadaan tersebut merupakan kesenangan yang diinginkan oleh setiap manusia agar memperoleh ketenangan jiwaketika mampu mewujudkannya. Namun dalam keadaan aulit, ketika rasa kepentingan tergugat , ukhuwah di uji dengan ujian yang berat. Disinilah kasih sayang dapt dibezakan dari egoisme dan, yang seringkali tidak kita sedari ketika dalam keadaan normal dan menganggap dirinya sebagai sahabat setia yang memenuhi segala tuntutan ukhuwah. Pokoknya berbalik kepada niat dalam menjalinkan hubungan persaudaraan itu, adakah kerana dibekalkan dengan rasa tanggungjawab semata-mata , ataupun dilengkapi dengan pakej kasih sayang.

No comments:

Post a Comment