Wednesday, November 17, 2010

SIAPA AKU DIDEPAN TUHANKU.....

SUBUH
Dimana aku berada
Masih enak didalam kelambu rindu
Sambil berfoya-foya dgn waktu
Masa bagaikan menderu
Langkah tiada arah tuju
Fikiran aku semakin dihujung waktu
Siapa aku didepan tuhanku...

ZOHOR
Aku lebih memikirkan kelaparan
Kehausan dan rehatku
Aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
Aku bertolak ansur dengan waktu
Aku gembira membilang keuntungan
Aku terlupa betapa besar kerugian
Jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
Siapa aku didepan tuhanku

ASAR
Aku lupa warna masa
Cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
Aku masih dengan secawan tehku
Terlupa panas tidak dihujung kepala
Aku masih bercerita
Tentang kehidupan duniaku
Siapa aku didepan tuhanku

MAGHRIB
Aku melihat warna malam
Tetapi aku masih berligar-ligar disebalik tabirnya
Mencari sisa-sisa keseronokan
Tidak terasa ruang masa yg singkat
Jalan yg bertongkat-tongkat
Ruginya bertingkat-tingkat
Siapa aku didepan tuhanku

ISYAK
Kerana masanya yg panjang
Aku membiarkan penat menghimpit dadaku
Aku membiarkan kelesuan mengangguku
Aku rela terlena sambil menarik selimut biru
Bercumbu-cumbu dengan waktuku
Siapa aku didepan tuhanku...


Kini aku menjadi tertanya-tanya
Sampai bila aku akan melambatkan sujudku
Apabila azan berkumandang lagi
Aku tidak akan membiarkan masjid atau surau menjadi sepi
Kerana dihujung hidup ada MATI....
Bagaimana jenazahku akan dibawa sembahyang disini
Jika ruangku dibiarkan kosong
Jika wajahku menjadi asing
Pada mentari dan juga bintang-bintang...


FIKIR-FIKIRKANLAH..
''Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

"Dan Allah tuhan Kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran Panduan kami
Jihad jalan Kami
Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"

No comments:

Post a Comment