Wednesday, April 13, 2011

kafarah dosa ku


lama kan aku ta berkunjung ke blog ni, hampir usang jadinya.. ahad lepas aku ada program ijtima' muslimat di melaka, dalam pukul 3.15 aku balik naik motor bersama dengan adik aku, jalan tak berapa nak ok sebab baru lepas hujan, malah aku balik pun dalam keadaan hujan, syng nak tinggalkan program tapi aku kena balik juga memandangkan aku ada discussion malam tu. dalam 10 minit aku sampai ke satu traffic light, seharusnya aku jalan terus, tapi ntah kenapa aku rasa macam nak belok kiri, lagipun ikut jalan ni lapang sikit tak banyak kereta, tak kisah lah jauh pun tapi aku dengan adik dapat menikmati ciptaan allah tanpa gangguan banyak kereta ditengah jalan, kejadian berlaku di air keruh, ada satu bas kat depan aku ni tengah duk best2 bawak motor tibe2 bas depan ni bagi signal nak ketepi, aku pun dengan secara spontan nya kena la pelankn motor sbb dekat dengan bas tu, tapi kurang asam jawa punya bas dia main2 rupanya sikit2 lagi nak dekt dengan aku dia pergi jalan terus je bukan masuk simpang pun, akibatnya aku,adik dan motor menari2 dekat jalan sebelum kami tercampak ke tengah jalan dan akhirnya kami tersungkur diatas jalan.... motor tu ok kut , aku dengan si adik pun ok cume luka dilutut, si adik luka dekat tangan aku luka dekat buku lali... nasib baik la ada couple ni tolong.... lepas alih motor ke tepi dan couple tadi pun balik, kitorang duduk jap situ termenung hehheh, kesian adik ni, mukanya terkejut, aku pula dah kali kedua accident jadi kurangla terkejutnya... aku tanya dia nak pg spital tak, dia geleng... aku terpikir nak panggil siapa... nak panggil shbt takut diorang risau pul sebab smalamnya motor aku ni dah accident juga tapi shbt aku lagi sorang yang bawak, ni aku pula...takpelah aku bawak je motor tu balik,huhu kepedihan luka tak yah cakap la, dah bawak motor dengan angin dan hujannya, tapi bawak jugala motor tu sampai rumah.. haahh balik rumah kitorang masing2 buat tak tau je dengan ape yang terjadi tadi terus masuk bilik, petang sikit adik ni balik ke rumahnya.. dan aku pulak kat rumah aku jugak la... nak dijadikan cerita waktu solat asar berjemaah baru housemate aku tahu sebab tengok aku buh minyak dekat kaki.... lepas duk becerita aku tidur jap sbab nak tahan sakit, bangun je nak solat maghrib... haaaaa badan aku dah panas... demam sikit.. tu yang housemate aku bawa pg klinik kmudian buat x-tray kat spital.. alhamdulillah takde ape yang berlaku.. adik ni pun ok je.. takde ape yang patah dan takde ape yang retak... dan setinggi kesyukuran kami panjatkan kepada allah swt kerana kami masih lagi diberi ruang masa untuk bertaubat... mana tak nya bayangkanlah jatuh tengah jalan, seolah2 masa diberhentikan.. semua kereta yang banyak2 belakang kami berhenti secara tiba2 padahal semua tengah laju... alhamdulillah ya allah,,, mungkin in kafarah dosa2 kami...aku dapat mc 3 hari, tapi macam tak mc pun sebenarnya sebab time2 ginila aku ada test dan presentation, final week, nak tangguh bile lagi... tadi saja nak try bali rumah sendiri, sebab dah dua hari ni aku minta tolong shbt hantarkan... hah nak dijadikan hal kaki aku kesengalan balik, jadinya akupun masuk bilik dan tidur, bangun untuk solat asar dan maghrib dan isyak, kemudian tidur balik... ni dah ok sikit... alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah...

Friday, April 1, 2011

hari, hati dan berhati2 ...

dalam kehidupan ini pastinya akan dilimpahi dengan pelbagai ujian dari allah swt, adakalanya ujian itu mampu kita hadapai dengan tenang dan sabar kerana mengetahui ianya adalah tanda kasih sayang allah swt kepada umatnya.. namun begitu adakalanya kita melatah.. adakalanya kita mengeluh...adakalanya kita berputus asa.. kita telupa dengan kata2 allah dalam surah al baqarah:286 "allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya.." .. ape yang dimaksudkan dengan kesanggupannya dalam firman Allah ini? ianya lebih kepada kemampuan kita, yang mana allah lebih mengetahui tahap kemampuan hambanya dalam melaksanakan @ menerima ujian dari allah swt...

jadi dengan berbekalkan ayat ini, tabahkanlah hati mu wahai sahabat.. kerana sesungguhnya allah mengetahui ape yang terbaik untuk dirimu, aku ingat kata2 seorang sahabat dalam pengisiannya.. katanya.. letakkanlah pergantungan kita sepenuhnya kepada Allah. jangan harapkan manusia melebihi pencipta manusia, kerana nanti bila hilang tempat pergantungan kita mudah merasa lemah, kerana kita mengharapkan manusia yang memberi semangat kepada kita...

peringatan buat diriku sendiri, kerana ak pernah merasa hilangnya semangat diri kerana meltakkan orang sebagai penguat semangat, ak terlupa pada yang lebih berkuasa..allahuakbar...besar khilafku...

Wednesday, March 30, 2011

kemana menghilang?

kemana perginya?.. allah.. sungguh Engkau yang Maha Membolak balikkan hati ini... subahanallah... kemana menghilang semangat ini, kemana pergi mujahidah yang sering menangis di medan tahajud?, kemana menghilang mujahidah yang sentiasa berfikir tentang masalah ummah?, kemana menghilang mujahidah yang sentiasa ditikar sejadah untuk menunaikan duha, kemana menghilang mujahidah yang sentiasa basah bibirnya dengan berzikir.. benarlah kata orang, hidup ini ada turun naiknya, begitu juga dengan semangat diri, adakalanya bersemangat hingga tidak pernah merasa lelah, tetapi adakalanya merasa sangat lelah dik kerana hilangnya semangat.... tiada masalah luaran yang mengganggu diri, tetapi masalah dalaman. ape masalah yang kamu hadapi?.. cukup2lah pentingkan diri, dengan memikirkan maslah kamu lebih besar dari msalah jemaah.. apa lah sangat nak dibandingkan masalah kamu dengan masalah yang dihadapi umat islam sekarang? cukup2 lah tanda soal yang kamu letakkan di benak fikiran tu... adakalanya tak semua persoalan itu mampu kamu rungkai kan sendiri, akan datang masanya allah yang memberi jawapan.. usia kamu semakin meningkat, tetapi adakah usaha kamu untuk istiqomah di medan dakwah juga semakin meningkat? atau ianya semakin jatuh? malulah kamu kepada allah, kamu sering nasihatkan sahabat agar berpegang pada surah as-saff ayat 2 dan 3.. tapi adakah kamu juga memegang prinsip yang sama? malulah kamu menggelarkan diri sebagai pejuang agama allah, jika kamu terus bersikap demikian... ingatlah... allah bakal menghitung segalanya...

Sunday, February 13, 2011

semoga diri ini..

sejauh mana kita mengatakan diri kita beriman selagi mana diri ini tidak diuji?.. dan allah sedang menguji hambanya yang kerdil ini... semoga ujian yang diturunkan dapat menjadikan diri ini lebih bertanggungjawab terhadap diri sendiri,keluarga, shabat dan orang lain.. semoga diri yang teruji ini mampu memperbaiki amal ibadahnya.. semoga diri yang teruji ini mampu untuk terus istiqamah dalam perjuangan.. semoga diri ini tidak pernah putus asa dengan apa yang terjadi.... semoga diri ini terus bersikap positive....

Monday, February 7, 2011

mirwana - andaiku pergi (official videoclip)

bukannya penting sangat pun


tarbiah dari allah.. atau kecuaian diri sendiri?? phone aku hilang lagi untuk kesekian kalinya... Ya Allah... ada masanya aku sampaikan rasa taknak ada phone.. penat pergi kedai beli hndphone kemudian hilang... subhanallah... hunain sedang merungut dengan ujian dari allah... ape nak jadi dengan aku ni.. 2 ke 3 minggu ni makin serabut pulak ... lepas kejadian hari tu, kpla aku slalu sakit, ntah kenapa.. mungkin terhentak kuat kut waktu tu..sampaikan semalam aku tak pergi ke kelas sebab nak berdiri pun aku rasa senget sebelah.. emm macam mana nak buat? sudah lah tu.. orang lain lagi banyak benda penting yang hendak difikirkan... baru hilang hndphone bukannya penting sangat pun..

Sunday, December 12, 2010

emm..

Melihat kepada keputusan exam aku yang terbaru, bukanlah suatu perkara yang mengembirakan buat aku, tapi aku tetap bersyukur kerana Allah masih memberi peluang pada aku, dan aku tidak gagal pada mana2 subjek, memang sasaranku jauh tersasar, hampir hilang titik yang telah kutetapkan sebagai sasaran, tak boleh tidor semalaman aku dibuatnya,ahhh…. Paper pertama dan terakhir bukan paper yang aku yakin untuk skor, dan paper yang ke 2,3,4 aku menjawab dalam keadaan yang kurang sihat…. Emm allah menunjukkan kasih sayangNya sekali lagi pada ku, mungkin ini adalah salah satu ingatan dari Allah agar aku sentiasa memperbaiki diri.. untuk menerima keputusan ni memang perit, tapi realitinya itu adalah keputusan aku, dan tiada siapa yang harus dipersalahkan, dan satu-satunya orang yang kalu hendak disalahkan atas keputusan ni ialah diri aku sendiri.. macam yang pernah aku cakap, takde siapa yang akan bertanggungjawab untuk diri kita melainkan diri kita sendiri… ape-ape pun, buat sahabat-sahabatku, redhalah atas segala apa pun yang terjadi dgn result kamu, kerana sesungguhnya ape yang kamu dapat adalah dari hasil usaha kamu sendiri… sentiasa lah bersyukur, agar Allah tidak jemu untuk memberi nikmatNya kepada kamu…