Sunday, July 25, 2010

tak stabil....

fizikal dan mental aku tak stabil hari ni, mungkin akibat dari semalam, yang mana menyebabkan aku berfikir bermati-matian untuk penyelesaian tetapi akhirnya tak juga jumpa buat masa sekarang ni.. mungkin terlalu letih berfikir hingga mental aku dah tak boleh nak berfikir, dan mendatangkan effet pada fizikal aku juga untuk hari ni, sepatah ape pun yang aku belajar hari ni, aku tak faham, dah lah tu kena tegur pula dengan lecture kerana beliau melihat aku tunduk ke bawah dan menyangkakan aku tidor didalam kelas, sedangkan sebenarnya aku sedaya-upaya menahan pening di kepala aku ni.. takpelah dia tak faham keadaan aku.. bila disebut soal berlapang dada, ak tahu tak semua orang mampu berlapang dada, even aku sekalipun bukan lah orang yang mampu berlapang dada.. cumanya aku pernah teringat kata2 seorang ustaz "kamu ni zalim, kerana tak menegur kesilapan sahabat, dan kamu membiarkan sahabat terus-menerus melakukan kesalahannya, walaupun kamu kata yang kamu terlah memaafkannya, kamu sebenarnya tidak pernah memaafkan sahabat kamu, kerana kamu membiarkan dia melakukan hal yang salah, tanpa usaha untuk membetulkannya", bila teringatkan kata-kata itu lah aku mengatur , cara berfikir dan berkata2 agar ape yang aku lontarkan tidak menimbulkan sebarang luka di hati sahabat, aku cuma menimbulkan persoalan yang aku tahu aku tiada jawapannya dan aku tahu ada orang yang tahu jawapannya, tapi aku rasa aku dah melukakan hati sahabt ni, mungkin shabat ini tidak mampu menerima apa yang aku katakan kelmarin. salah ke aku menimbulkan persoalan??? atau aku yang salah memberi soalan???

maaf...

maaf sahabat2 kalu2 ape yang ana cakapkan kelmarin menjadikan hati kalian terguris, ana sendiri tak tahu ape puncanya segala masalah yang berlaku, dan kerana itulah timbulnya persoalan dari ana "kenapa ia berlaku??" ana faham even dalam study group pun kita akan ada masalah dengan member, ialah tak semua yang kita mahukan orang lain juga mahu, dan tak semua yang kita faham orang lain juga akan faham seperti kita. sama jugalah bila kita berada didalam suasana berjemaah, tak semua pandangan sahabat kita boleh terima dan tak semua pandangan kita sahabat boleh terima, itu adalah lumrah kerana kita semua ada ego masing2.
aku tak katakan punca dari satu masalah membuatkan aku mengklasifikasikan kamu semua bermasalah, cuma aku nak tahu ape punca masalah tu berlaku, dan bila mana tiada jawapan yang sahih aku pun semakin keliru dengan ape yang berlaku. dimana silapnya.. jika dikatakan masalah ini berpunca @ berlarutan dari zaman yang sebelumnya, apakah ia akan berterusan hingga akan datang, ayuh sahabat sama2 kita fikirkan, kita tidak masuk jemaah kerana kita hebat, tapi kita masuk jemaah kerana kita lemah dan perlukan support dari yang lain, atau adakah aku yang tersilap percaturan fikiran sendiri?? ya allah berikan petunjukMu , jangan biarkan aku makin keliru..

Friday, July 23, 2010

..... pergaulan......


huhuhhu satu tamparan hebat semalam... maksud aku tamparan hebat tu bukanlah perkara yang menyakitkan hati ke ape... tapi teguran yang bagus, yang mana aku dulu pernah bimbang tentang hal ni tapi tak mampu nak suarakan... mengenai ikhtilad @ pergaulan min dan mat.. alhamdulillah satu langkah baru dari sahabat2 yang baru bila mana mereka mengatakan pergaulan min dan mat disini agak longgar.. which mean??? betul pun benda tu sebenarnya..tapi alhamdulillah walaupun communication kami semua agak longgar tapi insya'allah masih lagi menjaga batasan.. aku dulu pernah gak try untuk ketatkan sikit pergaulan tu, cara aku panggil min ni ustaz, tapi aku stop calling them ustaz sebab ada yang tak selesa... silap gak la aku stop, sebabnya bila ada panggilan gitu ada la sikit terhadnya pergaulan, yela takkan ustaz & ustazah tak segan nak bersenda kan.. tapi kan sebenarnya tak kisahla ape panggilan pun pada kaum bukan sejenis ni, yang sebenarnya ikhtilad masing2 dah tau kena jaga... aduhai budak harakah pun ada masalah ikhtilad.. sape nak jawap?? ha lu pikir la sendiri..... sahabat2 lepas ni muhasabah diri termasuk aku juga. kita suruh adik2 jaga pergaulan, tapi kita pun kurang menjaga, kena amek pengajaran.. okey?? bak kata sahabat mulakan dari sekarang jangan sampai dah kritikal baru nak menggigil cari penyelesaian.. fikir2 kan selamat beramal.....

Monday, July 19, 2010

alhamdulillah

alhamdulillah tamat dah program ... program ni la biasanya yang akan buat aku tak bolleh tido.. ialah bila nak bercerita beb tarbiyyah dan perkaderan bukan benda yang mudah.. kalu apa yang diberi salah maka ke akhirnya akan membawa kesan yang salah juga... apa pun aku nak say a lot of thanks dekat ustaz2 yang hadir memberi pengisian...banyak benda yang perlu di muhasabah balik... so guys.jom mulakan era baru kali ni... kita bukan nak buat pembaharuan tapi kita nak buat penambahbaikan...

Thursday, July 15, 2010

sirr...


ape itu sirr hazar?? kengkawan harakah comform tau ape benda sirr hazar ni,@ dalam erti kata lain rahsia dan kewaspadaan.. hari ini banyak pula berkaitan sirr hazar yang menjadi tanda soal dalam kepala.... sebagai ahli gerakan sirr hazar adalah perkara penting yang mesti kita laksanakan... ada orang kata terlampau sirr hazar tu sebenarnya penakut!! perasan orang nak sangat kat kita padahal takde ape pun.. sahabat yang dikasihi allah, aku mohon maaf andai kata2 ini mengguris hati kalian tapi ini sekadar peringatan bersama.. lupakah anda sirr hazar itu sangat penting bagi ahli gerakan??? jangan asyik dimulut perkatakan soal sirr hazar tetapi tindakan sirr hazar nya tiada.. jangan mengalun-alunkan anda sebagai ahli gerakan kepada orang yang bencikan gerakan, jangan menulis anda sebagai ahli gerakan kepada orang anti gerakan yang comform2 akan membaca penulisan anda... dakwah boleh disebarkan, tapi kalu ia dah boleh menyebabkan orang mengenali anda sebagai mahasiswa harakah, maka jangan lakukannya. sebarkan lah dakwah tersebut dengan pengenalan bukan sebagai mahasiswa harakah. senang cerita, sebelum menulis sesuatu atau memperkatakan sesuatu lihatlah situasi jangan pakai redah....

Tuesday, July 6, 2010

Pesanan Buat Wanita Islam....

wahai muslimah... dengarkan pesanan ini, mari muhasabah diri bersama

Mujahid Muda



jom dengar lagu ni, hayati lirik sambil lihat kanak2 tu punya semangat

Monday, July 5, 2010

Sahabat Sejati



buat sahabat2ku, ku harapkan ukhuwah kita berkekalan walaupun akan tiba waktunye kelak untuk kita semua berpisah, namun ingatlah satu perkara, bersahabatnya kita kerana allah, bertemunya kita juga kerana Allah, malah berpisahnya kita kelak juga kerana Allah.. aku tidak mungkin menjadi sahabat yang terbaik buat kalian semua, tapi aku akan cuba untuk menjadi sahabat yang lebih baik, walaupan tak dapat menandingi kehebatan persahabatan dan ukhuwah antara abu bakar r.a dan rasulullah saw, aku cuba yang semampu diriku..

sahabat, maafkan aku..
segala silap dan salah, samaada direct or indirectly..
aku sayang kamu semua..
kamu semua keluarga ku dalam perjuangan ini...
kamu semua tulang belakang aku dalam perjuangan ini...

"tidak sempurna iman seseorang itu selagimana ia tidak mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri"
salam sayang sahabatku