Saturday, October 16, 2010

ade yang tak kena?

Ulasan Bajet 2010 - Macam Ada Yang Tak Kena

Oleh ; Dr Dzulkeflli Ahmad

YAB PM selaku Menteri Kewangan telah membentang Bajet sulungnya petang tadi (Jumaat 23 Okt, 2009). Beliau sangat berhajatkan Bajet 2010nya itu disokong semua golongan dan lapisan rakyat kerana ia bertemakan ’I-Malaysia – Kemakmuran Bersama’. Najib tidak melepaskan peluang ini untuk melonjakkan lagi momentum kemenangan Bagan Pinang seperti yang diungkapkan dihujung ucapan hampir 2 jam itu. Tampaknya dia puas dengan prestasi penyampaiannya dari wajah mukanya.

Umum mengetahui, seperti dirinya juga tahu, bahawa melepasi segala jenis ‘imbuhan’ serta pelbagai peruntukan fiskal samada berbentuk subsidi mahupun penurunan cukai kepada setiap segmen rakyat, realiti yang menanti tidaklah seindah yang cuba ditampilkan.

Defisit Bajet yang dianggarkan 7.6% dari KDNK tahun 2009 ini perlu ditangani, seperti juga beban hutang kerajaan Pusat yang mencecah 52.4% dari KDNK tahun 2009 melonjak dari 41.5% tahun 2008. Pendapatan dari cukai menurun sebanyak 8% – dari RM176.2 bilion yang diramalkan hanya RM162.1 bilion yang mampu dijana.

Kebergantungan pendapatan dari sumber minyak mentah dan gas dalam bentuk dividen, cukai, royalti dan duti ekspot minyak mentah dan gas sudah ke peringkat kritikal. Dari RM19 bilion pada 2004 kepada RM67.8 bilion tahun 2009 atau 43.5 % dari pendapatan kerajaan Pusat. Bukan sahaja ia satu yang tidak wajar, bahkan kita juga tidak menabung ketika sumber pendapatan ini lumayan. Kalau pada tahun 2005 Petronas menyimpan 42.5% dari keuntungannya, kini ia hanya menabung 21.1% dari keuntungannya. Bermakna kita telah membelanjakan kekayaan sumber anak-cucu kita.

Justeru, berlatarbelakangkan kesemua ini, Najib sudah tidak mampu lagi merumuskan Bajet yang ‘populis’ yang disorak dan ditepuk oleh semua pihak. Najib mahu sahaja meneruskan momentum kemenangan Bagan Pinang dengan menampilkan Bajet yang terus mengukuhkan sokongan semua rakyat. Najib macam serba tak kena.

Ini adalah antara banyak dilema yang Najib depani kini. Kalau silap congakan, beliau tahu akan dihukum kemudian. Sebab itu ada perkara yang disebut, tapi macam tak mahu sebut. Contoh jelas ialah GST – Goovernment Sales Tax. Cukai Jualan Kerajaan yang sifatnya cukai ‘Regressive’ atau ‘mengena semua’. Beliau sebut juga tapi langsung tak berani mendetailkan. Najib semacam tak yakin itu baik bagi populariti, bahkan tak tahu meramal tekanan kepada rakyat nanti. Sebetuan tentang pemulihan ekonomi bukan mudah untuk diyakinkan.

Bahkan Najib diperingat bukan sahaja oleh pakar-pakar ekonomi antarabangsa bahkan juga think-tank tempatannya sendiri seperti MIER, bahawa ekonomi global mungkin sahaja akan mengalami pemulihan bukan berbentuk V (turun dan naik), tetapi W yakni dua kali V, maksudnya kebarangkalian akan berlaku sekali lagi kemelesetan selepas pulih sebentar tidak dapat ditolak sama.

No comments:

Post a Comment