Wednesday, March 30, 2011

kemana menghilang?

kemana perginya?.. allah.. sungguh Engkau yang Maha Membolak balikkan hati ini... subahanallah... kemana menghilang semangat ini, kemana pergi mujahidah yang sering menangis di medan tahajud?, kemana menghilang mujahidah yang sentiasa berfikir tentang masalah ummah?, kemana menghilang mujahidah yang sentiasa ditikar sejadah untuk menunaikan duha, kemana menghilang mujahidah yang sentiasa basah bibirnya dengan berzikir.. benarlah kata orang, hidup ini ada turun naiknya, begitu juga dengan semangat diri, adakalanya bersemangat hingga tidak pernah merasa lelah, tetapi adakalanya merasa sangat lelah dik kerana hilangnya semangat.... tiada masalah luaran yang mengganggu diri, tetapi masalah dalaman. ape masalah yang kamu hadapi?.. cukup2lah pentingkan diri, dengan memikirkan maslah kamu lebih besar dari msalah jemaah.. apa lah sangat nak dibandingkan masalah kamu dengan masalah yang dihadapi umat islam sekarang? cukup2 lah tanda soal yang kamu letakkan di benak fikiran tu... adakalanya tak semua persoalan itu mampu kamu rungkai kan sendiri, akan datang masanya allah yang memberi jawapan.. usia kamu semakin meningkat, tetapi adakah usaha kamu untuk istiqomah di medan dakwah juga semakin meningkat? atau ianya semakin jatuh? malulah kamu kepada allah, kamu sering nasihatkan sahabat agar berpegang pada surah as-saff ayat 2 dan 3.. tapi adakah kamu juga memegang prinsip yang sama? malulah kamu menggelarkan diri sebagai pejuang agama allah, jika kamu terus bersikap demikian... ingatlah... allah bakal menghitung segalanya...