Tuesday, August 3, 2010

selamat datang ... ahlan wasahlan...

Ahlan wasahlan wahai sahabat baru... yang sekian lami kami nantikan untuk bersama-sama berjuang bagi memastikan islam terus teguh di muka bumi allah, walaupun buat masa sekarang hanya sekadar mampu di tempat pengajian,perjuangan harus diteruskan.. tahniah dan takziah buat kalian. tahniah kerana kamu merupakan insan yang bertuah untuk berada bersama dalam jalan dakwah ini dan takziah kerana tanggungjawab kalian untuk memastikan tertegaknya syiar islam telah terpikul di bahu kalian.. ingatlah baiah yang telah kalian lafazkan dihadapan allah sehingga ke akhir hayat..

dalam keriangan menyambut sahabat baru, aku teringat kuliah yang disampaikan oleh ustaz yang bertajuk "baiah".. aku nak kongs sikit disini:... baiah ialah tanda kita berjanji dengan allah untuk terus istiqamah di jalan dakwah ini, dan ia juga adalah salah satu cara bagi mendisiplin kan diri kita. terdapat 10 rukun baiah iaitu:
1) faham
2) ikhlas
3) amal
4) jihad
5) tahdiyah
6) ta'at
7) thabat
8) tajarrud
9) ukhuwah
10) thiqah

pengenalan baru bagi sahabat yang baru tiba dan sebagai refreshing kepada sahabat yang lama.. kem kali ni juga bukan sekadar bertujuan menyambut adik baru tetapi turut juga melatih sahabat2 lama dalam bidang tugas masing2. bila kita dah buat sendiri barulah rasa tanggungjawab untuk melakukannya tanpa perlu bergantung pada orang lain..

No comments:

Post a Comment