Sunday, July 25, 2010

tak stabil....

fizikal dan mental aku tak stabil hari ni, mungkin akibat dari semalam, yang mana menyebabkan aku berfikir bermati-matian untuk penyelesaian tetapi akhirnya tak juga jumpa buat masa sekarang ni.. mungkin terlalu letih berfikir hingga mental aku dah tak boleh nak berfikir, dan mendatangkan effet pada fizikal aku juga untuk hari ni, sepatah ape pun yang aku belajar hari ni, aku tak faham, dah lah tu kena tegur pula dengan lecture kerana beliau melihat aku tunduk ke bawah dan menyangkakan aku tidor didalam kelas, sedangkan sebenarnya aku sedaya-upaya menahan pening di kepala aku ni.. takpelah dia tak faham keadaan aku.. bila disebut soal berlapang dada, ak tahu tak semua orang mampu berlapang dada, even aku sekalipun bukan lah orang yang mampu berlapang dada.. cumanya aku pernah teringat kata2 seorang ustaz "kamu ni zalim, kerana tak menegur kesilapan sahabat, dan kamu membiarkan sahabat terus-menerus melakukan kesalahannya, walaupun kamu kata yang kamu terlah memaafkannya, kamu sebenarnya tidak pernah memaafkan sahabat kamu, kerana kamu membiarkan dia melakukan hal yang salah, tanpa usaha untuk membetulkannya", bila teringatkan kata-kata itu lah aku mengatur , cara berfikir dan berkata2 agar ape yang aku lontarkan tidak menimbulkan sebarang luka di hati sahabat, aku cuma menimbulkan persoalan yang aku tahu aku tiada jawapannya dan aku tahu ada orang yang tahu jawapannya, tapi aku rasa aku dah melukakan hati sahabt ni, mungkin shabat ini tidak mampu menerima apa yang aku katakan kelmarin. salah ke aku menimbulkan persoalan??? atau aku yang salah memberi soalan???

1 comment:

  1. maaf atas kekhilafan, harap bersabar bersama sahabat yang sudah tidak lama bersama, ada 4 bulan lagi... hrp semua nya lebih cemerlang untuk masa hadapan.

    ReplyDelete