Friday, April 1, 2011

hari, hati dan berhati2 ...

dalam kehidupan ini pastinya akan dilimpahi dengan pelbagai ujian dari allah swt, adakalanya ujian itu mampu kita hadapai dengan tenang dan sabar kerana mengetahui ianya adalah tanda kasih sayang allah swt kepada umatnya.. namun begitu adakalanya kita melatah.. adakalanya kita mengeluh...adakalanya kita berputus asa.. kita telupa dengan kata2 allah dalam surah al baqarah:286 "allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya.." .. ape yang dimaksudkan dengan kesanggupannya dalam firman Allah ini? ianya lebih kepada kemampuan kita, yang mana allah lebih mengetahui tahap kemampuan hambanya dalam melaksanakan @ menerima ujian dari allah swt...

jadi dengan berbekalkan ayat ini, tabahkanlah hati mu wahai sahabat.. kerana sesungguhnya allah mengetahui ape yang terbaik untuk dirimu, aku ingat kata2 seorang sahabat dalam pengisiannya.. katanya.. letakkanlah pergantungan kita sepenuhnya kepada Allah. jangan harapkan manusia melebihi pencipta manusia, kerana nanti bila hilang tempat pergantungan kita mudah merasa lemah, kerana kita mengharapkan manusia yang memberi semangat kepada kita...

peringatan buat diriku sendiri, kerana ak pernah merasa hilangnya semangat diri kerana meltakkan orang sebagai penguat semangat, ak terlupa pada yang lebih berkuasa..allahuakbar...besar khilafku...

No comments:

Post a Comment