Sunday, December 12, 2010

emm..

Melihat kepada keputusan exam aku yang terbaru, bukanlah suatu perkara yang mengembirakan buat aku, tapi aku tetap bersyukur kerana Allah masih memberi peluang pada aku, dan aku tidak gagal pada mana2 subjek, memang sasaranku jauh tersasar, hampir hilang titik yang telah kutetapkan sebagai sasaran, tak boleh tidor semalaman aku dibuatnya,ahhh…. Paper pertama dan terakhir bukan paper yang aku yakin untuk skor, dan paper yang ke 2,3,4 aku menjawab dalam keadaan yang kurang sihat…. Emm allah menunjukkan kasih sayangNya sekali lagi pada ku, mungkin ini adalah salah satu ingatan dari Allah agar aku sentiasa memperbaiki diri.. untuk menerima keputusan ni memang perit, tapi realitinya itu adalah keputusan aku, dan tiada siapa yang harus dipersalahkan, dan satu-satunya orang yang kalu hendak disalahkan atas keputusan ni ialah diri aku sendiri.. macam yang pernah aku cakap, takde siapa yang akan bertanggungjawab untuk diri kita melainkan diri kita sendiri… ape-ape pun, buat sahabat-sahabatku, redhalah atas segala apa pun yang terjadi dgn result kamu, kerana sesungguhnya ape yang kamu dapat adalah dari hasil usaha kamu sendiri… sentiasa lah bersyukur, agar Allah tidak jemu untuk memberi nikmatNya kepada kamu…

Thursday, December 2, 2010

hari ni...

alhamdulillah..anak buah aku dah keluar wad, mak dengan family kakak aku dah flight pg bandung, anak2 buah aku terjaga dengan baik, walaupun hilang separuh suara aku di buatnya.... alhamdulillah semua berjalan lancar... syukur ya allah....

Wednesday, December 1, 2010

esok.............


emm hari ni dah hari kedua anak buah aku masuk ke hospital, tak sampai seminggu jejak ke alam baru dah masuk spital... kesian tengok kakak aku kesedihan, tapi apakan daya bile allah hendak menguji, maka kita sebagai hamba perlu tabah menghdapai... Aku yakin kakak aku mampu hadapi ujian ni, semalam kuning dekat baby tinggi sampai 275, hari ni dah turun 10 jadi 265, tapi untuk baby keluar dari spital atleast kena turun 60 lagi which means kalu kuning dah turun sampai 200 baru boleh kuar.. aku pun tak tau macam mana baby boleh kena demam kuning ni, figure2 tadi tu tahap kuning kat baby.. emm sok pagi angah aku pula kena pergi klang untuk buat rawatan susulan tiroid.. tinggallah aku bersama 7 orang budak nakal dirumah, anak akak aku la sape lagi.. ok anak2 esok mak su akan jadi mak tiri yang sangat baik..... jadi jangan nakal2 ye.... nakal2 maksu campak korang kat lombong...hehehehe... diorang dah besa dengar aku cakap macam tu, walaupun maksu diorang ni ganas sikit bile dekat rumah, masih lagi jadi maksu kesayangan diorang sebab diorang takde maksu lain heheheeh...ok guys, doakan eh anak buah aku cepat sembuh.. emm lupe, sok mak aku flight pergi bandung, kakak aku nak bawa pergi sana, mak aku pun baru je kebah demam, tapi alergic kat kaki still ada, bengkak sikit, nak cancel flight tiket dah tempah, jadi kena la juga pergi.. mom.. enjoy your trip..love u so much,ok guys, doakan juga mak and family akak aku selamat sampai sana dan selamat balik sini...

Tuesday, November 30, 2010

asing..


pernah seorang sahabt bertanyakan stu soalan pada aku, yang sebelum ni ramai juga dah banyak tanya pada aku.. macam mana aku mantain dengan kehidupan @ identiti aku sekarang bila berada di rumah, yang mana jelasnya family aku berbeza corak pandangan dengan aku... emm ntah lah nak kata senang nak mantain tu memang tak lah jawapnya, susah juga ye la bila di rumah sewa bersama dengan orang yang sama corak pandangan ni under control la lagi, comform akan solat berjemaah, insya'allah da yang kejutkan untuk qiam, akan da pengisian walaupun tengah makan, main buaian kat padang, ataupun mengisi masa untuk bed time story..emm bile di rumah diri sendiri kena ingatkan... kadang2 terleka juga lah.. tapi cepat2 sedar kan diri balik... kadang2 tak dinafikan akan ada rasa terasing, ye lah nak lagi bila kita mempunyai arah pandangan yang berbeza dengan family.. tapi aku akan ingat satu perkara yang mana Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

“Sesungguhnya bermula datangnya ISLAM dianggap asing (aneh) dan akan datang kembali asing seperti permulaannya. Namun berbahagialah orang-orang yang asing itu."

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam:

“Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan orang asing (aneh) itu?”

Lalu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab:

“Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

jadi untuk mantain bukan mudah, but you have to try it harder... kita tak boleh harapkan orang lain untuk jaga diri kita, kita yang bertanggungjwab keatas diri kita sendiri, jadi kita kena ada positive mind, we have to be strong walau kat mana pun kita berada, tak kira lah dirumah ke, di kampus ke, di hutan ke, ape2 pun yang jadi pada diri kita adalah disebabkan diri kita sendiri.. ape2 pun sekarang, sudah2 lah berfikir macam mana nak mantain itu dan ini, jangan terlalu penatkan akal untuk berfikir, tapi bertindak, berfikir tanpa tindakan pun takde maknenya, bertindak tanpa berfikir pun bukan something yang bagus... jadi..renung2 kan selamat beramal... tu sebab dia cakap renung2 baru dia cakap selamat beramal,sebab nak suruh kita berfikir baru kita boleh bertindak dengan betul..

Wednesday, November 24, 2010

WARKAH BUAT SAHABAT

Sahabat,
Kuntum-kuntum kenangan itu, masih tetap mewangi dan mekar di sudut hati ini walaupun jaringan usia semakin merobek dibawah masa. Terkedu aku dalam mengatur keikhlasan hati bahawa aku bersyukur dengan caturan pertemuan yang diaturkan oleh Allah swt.
Masa bukanlah terlalu kejam untuk menjarakkan kita , kerana segalanya adalah atas ketentuan-Nya . Lalu dek cita-cita dan matlamat yang menanti , kita tetap setia mengatur langkah mencari untaian ilmu buat menampal kekosongan jiwa . Memang sudah lumrah alam setiap pertemuan bersulamkan perpisahan, walaupun kita tidak merelakan namun pemergian suatu ketetapan . Segala-galanya demi memburu Mardhatillah agar hati-hati kita tetap disatukan oleh-Nya dalam satu wadah perjuangan yang jitu. Biar dimana kita dicampakkan , hadaf dan fikrah kita biarlah sebati . Semadikanlah perjuangan fillah ini agar ianya dapat disatukan sebagai satu martabat yang telah lama diimpikan.
Sahabat,
Teruskan perjuanganmu, jangan sekali-kali toleh ke belakang. Sememangnya perjuangan itu pahit , namun janji Allah itu tetap benar. Bukan intan permata galang gantinya, tetapi kepahitan tercalit duri di sepanjang perjalanan. Sudah menjadi adat perjuangan, rentak yang diatur tidak semestinya diakhiri dengan kemenangan, melainkan di tengah-tengah perjalanan. Kita pasti terpijak paku-paku cabaran yang mengganggu gugat perjuangan kita. Jangan lah dirimu rebah pada perasaan , kerana ia adalah ujian yang paling getir yang perlu ditempuhi.
Bersama sisipan perjuangan , aturlah langkahmu dengan keyakinan dan kepastian. Carilah nilaian permata indah di sepanjang perjalanan ini. Aku ingatkan dirimu sekuat Siti Khadijah , setabah Siti Aisyah , sezuhud dan semurni Rabiatul Adawiyah dalam menyusuri bilah – bilah perjuangan .
Semoga harapanku , mampuku lihat dirimu berada dihadapanku atau namamu meniti di bibir –bibir masyarakat yang mendambakan sekalung kesedaran dan keinsafan dalam setiap titis-titis perjuangan. Jadikanlah persiapan hari ini sebagai peluang menyulusuri hari esok. Ku susur doa kudus buatmu sahabat , agar kita tetap bersatu dalam saf-saf perjuangan suci ini. Semoga kita diberi tempat sewajarnya oleh Allah swt sejurus dengan pengorbanan kita yang tak pernah mengharapkan pulangan ini. Insya’allah.
Sahabat,
Binalah kehidupan mendatang dengan penuh keyakinan. Tabahkanlah dirimu dalam menghadapi rintangan. Bersabarlah diatas segala penderitaan , ketahuilah sesungguhnya penderitaan itu adalah symbol kesabaran yang bersifat sementara akan lenyap ditelan masa setelah tibanya kejayaan . jika diizinkan Allah swt , teruskanlah perjuangan mu itu dalam menuntut seribu kejayaan. Medan ilmu terbentang luas , menuntutnya adalah kelazatan yang tiada tolok bandingnya , teguhkanlah semangatmu dalam melakari dunia kehidupan dan . Aturi langkah perjuangan dengan lebih berhati-hati. Ingatlah, tapak-tapak perjuangan tidak akan hilang dek memori kehidupan dan tidak akan lenyap ditelan masa walaupun usia sentiasa digamit putaran waktu. Doa pejuang tetap dikenang.
Walahualam.

Ukhuwwah islammiyyah nadi gerak kerja islam

Mukadimah:

“Tidaklah dua orang muslim berjumpa, lalu berjabat tangan, kecuali keduanya diampuni sebelum keduanya berpisah”

Imam As-syahid Hassan Al Banna di dalam kitabnya MAJMUAH RASAIL mendefinasikan ukhuwah islamiyyah merupakan keterikatan hati dan jiwa antara satu sama lain berdasarkan kepada ikatan aqidah. Syed Qutb pula dalam kitabnya petunjuk sepanjang jalan dakwah ‘Tiada hubungan persaudaraan yang tercetus dari aqidah dan keyakinan kepada Allah, bila sahaja tali aqidah itu sudah terjalin , maka seluruh orang beriman itu menjadi orang bersaudara, walaupun mereka tidak dipertalikan dengan sebarang hubungan perkahwinan ataupun keturunan darah’

Hakikat ukhuwah islamiyyah:
1. nikmat allah swt (al-imran:103)
2. merupakan perintah rabbani
3. merupakan cermin kekuatan iman (al-hujurat:10)

Perbezaan ukhuwah islamiyyah dan ukhuwah jahiliyah :
Ukhuwah islamiyyah bersifat abadi dan universal kerana berdasarkan aqidah dan syariat islam. Ukhuwah jahiliyyah bersifat sementara (dibataskan oleh masa dan tempat) iaitu ikatan selain ikatan aqidah misalannya seperti nasionalisme, assabiyah san berkepentingan peribadi.

Virus-virus ukhuwah:
1. Tamak akan kenikmatan dunia (taha:20)- apabila kita selalu membandingkan diri kita dengan orang yang diberi kelebihan kenikmatan dunia, mata kita akan tertumpu kepada kenikmatan orang lain. Hal ini memberi impak kepada urusan agama , kerana hati akan selalu melihat kepada mereka yang lebih rendah kadar ketaatannya. Hati juga mula berubah ketulusan terhadap persahabatan yang terjalin atas nama ukhuwah islamiyyah tadi, kerana perhatian tidak lagi tertumpu kepada orang yang lebih tinggi kadar ketaatan agamanya . tetapi kita akan lebih mudah terdorong untuk mengagumi dan mencontohi mereka-mereka yang mendapat kenikmatan dunia. Contohnya pointer tinggi.
2. Lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama – jika hubungan persahabatan kering dari mana-mana zikir-zikir , ibadah, saling menasihati, mengingatkan perihal akhirat dan mendorong semangat dakwah, maka kegersangan ukhuwah akan semakin terasa , lalu beralih menjadi lagha dan perdebatan yang sia-sia. Hati bertambah keras dan cepat bosan , sementara lagha membuka ruang kepada perselisihan , yang akhirnya menjadi dosa sebagai dinding pemisah yang meleraikan ikatan ukhuwah dan memisahkan dua sahabat.
3. Mengadakan perbicaraan rahsia (al mujadilah:10) – “jika kamu bertiiga , maka janganlah ada dua diantara kamu membuat perbicaraan rahsia tanpa melibatkan yang lain, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih. ”
4. Keras kepala, enggan menerima nasihat dan saranan – sikap keras kepala dan enggan menerima nasihat , membuat seorang sahabat merasa kesulitan untuk terbuka dalam setiap perbicaraan , bahkan mungkin wujud anggapan sombong . dari sini bibit-bibit kebencian akan tumbuh dari dalam diri, dan akhirnya tali persahabatan tidak akan dilanjutkan. Kerana itu, jangan mengeluarkan kata-kata yang cenderung meremehkan , atau menganggap rendah idea dan saranan orang lain. Sebaliknya nada anda memberi dukungan , menanggapi secara sopan dan penuh lapang dada, apalagi jika sikapnya tidak berlebihan.
5. Memberi teguran dihadapan orang lain - setiap teguran yang diberi tidak semuanya akan mendatangkan kesan dengan segera . Beri masa dan peluang kepada sahabat untuk menerima teguran tersebut meskipun memakan masa. Terkadang ada yang menafsirkan teguran gagal apabila sahabat tidak berubah seperti yang diinginkan, dan terus menekan sehingga nampak berlaku perdebatan. Lumrah manusia, enggan mengakui kesalahan secara langsung. Sentiasalah berlapang dada, nescaya ukhuwah akan bertambah erat.
6. Sering menegur , cenderung berfikiran negative, enggan memaafkan – terimalah sahabat dengan segala kekuranganya sebagaimana kebaikan mesti diterima walau kecil wujudnya. Siapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat. “seorang suami mukmin tidak akan memarahi isterinya yang Mukminah, apabila ia tidak suka terhadap perangai isterinya , maka ia akan menyukai perangainya yang lain”
7. Enggan mengungkapkan perasaan cinta , dan enggan membela sahabat apabila aib mereka dibuka – “jika seseorang mencintai saudaranya , maka khabarkanlah bahawa ia mincintainya”
8. Mencampuri masalah peribadi – “diantara tanda kebaikan islam seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna baginya”

Kesimpulan:

Ukhuwah yang terjalin secara normal tidak menuntut ape-ape hal yang bertentangan dengan kepentingan peribadi. Ukhuwah dalam keadaan tersebut merupakan kesenangan yang diinginkan oleh setiap manusia agar memperoleh ketenangan jiwaketika mampu mewujudkannya. Namun dalam keadaan aulit, ketika rasa kepentingan tergugat , ukhuwah di uji dengan ujian yang berat. Disinilah kasih sayang dapt dibezakan dari egoisme dan, yang seringkali tidak kita sedari ketika dalam keadaan normal dan menganggap dirinya sebagai sahabat setia yang memenuhi segala tuntutan ukhuwah. Pokoknya berbalik kepada niat dalam menjalinkan hubungan persaudaraan itu, adakah kerana dibekalkan dengan rasa tanggungjawab semata-mata , ataupun dilengkapi dengan pakej kasih sayang.

Tuesday, November 23, 2010

al-quran sebagai hantaran

aha.... jangan salah faham ye entri kali ini, sejak kebelakangan ni entri aku agak mnimbulkan salah faham kepada beberapa orang sahabat... kali ni ak nak bagi korang sume baca cerita ni, ambil pengajaran dari kisah ni, aku dapat ni dalam laptop kawan aku, saja nak share dengan korang... okey silakan membaca:

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.


“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'