Tuesday, August 10, 2010

Bila diri diuji..


rasa bersyukur apabila, masih lagi tidak di uji seperti shabat2 yang lain, kerana ak tahu ak tak mungkin mampu bila allah nak turunkan ujian yang sebegitu kepada aku, tapi tidak lama,dan akhirnya aku sedang teruji.. ya allah, perteguhkan iman ku.. amin...

Thursday, August 5, 2010

Jiran Baru



ape pengajaran citer ni????
what ever u do, make a research first.... :)

aku + dia = kamu....


last night aku g utem, kebetulan ada sahabat jemput untuk ke forum yang tajuknya seperti diatas. panelnya ialah ustaz pahrol, suhaimi ex inteam, ina naim.. Agak menarik jugalah penyampaiannya, ada masa rasa macam pergi kursus kahwin, walaupun aku tak ernah g kursus kahwin tapi aku rasa ala2 gitu le .... banyak jugalah yang aku dapat semalam, yang buat aku tertarik bila ustaz pahrol kata macam ni jangan cari orang yang baik, tapi jadilah orang yang baik, pasti ALLAH swt akan berikan yang terbaik .. bila dengar tu, teringat pula firman allah yang berbunyi "laki2 yang baik adalah untuk wanita2 yang baik, dan wanita2 yang baik adalah untuk laki2 yang baik" tidak kiralah dalam apa jua aspek yang diberi perhatian untuk mencari si soleh @ solehah, yang lebih utama jadikan diri kita terlebih dahulu soleh dan solehah... teringat kata2 ustazah waktu di sekolah menengah dahulu... "kalu kamu nak pasangan yang boleh hafal al-quran, qiamullail tak pernah tinggal, kamu pun kena macam tu...ibaratnya kamu nak pergi majlis anugerah dekan , dah sah2 dalam tu semuanya terdiri daripada golongan si dekan , sudah tentulah kamu juga perlu bergelar si dekan untuk masuk ke majlis dekan2 tersebut..." .. gitulah pesan ustazah aku dulu..

ustaz pahrol juga ada beri persoalan ikan dalam laut (yang dah sah2 air laut tu masin)tak masin, tapi bila dah di darat kita taburkan dengan secubit garam ikan tu dah pun masim, ape yang membezakan ikan tu?? kenapa satu masin satu tak masin???.. jawapannya mudah ... ikan di laut tu hidup, ikan didarat dah mati... samalah seperti hati kita... jika kita hidupkan ia dengan beribadah kepada allah, nescaya akan selamatlah kita, tapi jika kita ikutkan kehendak nafs, dan hati kita mati, syaitan tu amat mudah mempengaruhi kita.. ustaz pahrol juga ada berkata "jangan nodai ibu kepada anak kamu sebelum berkahwin".. ..

sekarang pula ada new couple punye version.. islamic couple???....cinta anta dan enti... inilah strategi terbaru syitan untuk membayangi group enta dan enti... kami tak berzina!! kami cume memberi mesej2 hikmah, kami cume bertanya khabar... kami tidak seperti orang lain yang berjumpa, berdating, berdua-duaan.. kami hanya jumpa ditempat meeting, halaqah ilmu, salahkah hubungan kami???... wahai kengkawan... takde makne de...couple2 islamic ni... jangan lupa.. Allah dah pesan "jangan kamu menghampiri zina" Allah tak cakap jangan buat zina, tapi jangan menghampiri zina.... mesej ke, pandang ke, duk jauh2 ke.. syaitan tu sentiasa ada untuk membenarkan kesalahan yang kita buat... ustaz pahrol ada sebut tentang pembahagian kecil zina.. ni yang aku sempat salin je
1. zina mata - pandangan mata kita.. boleh sure ke pandangan sesama kalian tidak terganggu dengan hawa nafsu???
2. zina lidah- termasuklah sebarang perkataan, mesej ke, ym ke, tulisan ke
3. zina fikiran -harapan dan keinginan...

kadang2 banyak perkara yang kita tak sedar berlaku.. betul tak??.. muhasabah diri termasuk aku.. berhati2 lah dalam soal hati... insya'allah sahabat2 mampu mengawalnya... bagi yang dah berkenan cepat2lah ber UBM, tapi seeloknya, korang nikah je la... dosa pun tiada, dah sah2 halal... hati ni lembut... fikir2 lah..

Tuesday, August 3, 2010

selamat datang ... ahlan wasahlan...

Ahlan wasahlan wahai sahabat baru... yang sekian lami kami nantikan untuk bersama-sama berjuang bagi memastikan islam terus teguh di muka bumi allah, walaupun buat masa sekarang hanya sekadar mampu di tempat pengajian,perjuangan harus diteruskan.. tahniah dan takziah buat kalian. tahniah kerana kamu merupakan insan yang bertuah untuk berada bersama dalam jalan dakwah ini dan takziah kerana tanggungjawab kalian untuk memastikan tertegaknya syiar islam telah terpikul di bahu kalian.. ingatlah baiah yang telah kalian lafazkan dihadapan allah sehingga ke akhir hayat..

dalam keriangan menyambut sahabat baru, aku teringat kuliah yang disampaikan oleh ustaz yang bertajuk "baiah".. aku nak kongs sikit disini:... baiah ialah tanda kita berjanji dengan allah untuk terus istiqamah di jalan dakwah ini, dan ia juga adalah salah satu cara bagi mendisiplin kan diri kita. terdapat 10 rukun baiah iaitu:
1) faham
2) ikhlas
3) amal
4) jihad
5) tahdiyah
6) ta'at
7) thabat
8) tajarrud
9) ukhuwah
10) thiqah

pengenalan baru bagi sahabat yang baru tiba dan sebagai refreshing kepada sahabat yang lama.. kem kali ni juga bukan sekadar bertujuan menyambut adik baru tetapi turut juga melatih sahabat2 lama dalam bidang tugas masing2. bila kita dah buat sendiri barulah rasa tanggungjawab untuk melakukannya tanpa perlu bergantung pada orang lain..

Sunday, July 25, 2010

tak stabil....

fizikal dan mental aku tak stabil hari ni, mungkin akibat dari semalam, yang mana menyebabkan aku berfikir bermati-matian untuk penyelesaian tetapi akhirnya tak juga jumpa buat masa sekarang ni.. mungkin terlalu letih berfikir hingga mental aku dah tak boleh nak berfikir, dan mendatangkan effet pada fizikal aku juga untuk hari ni, sepatah ape pun yang aku belajar hari ni, aku tak faham, dah lah tu kena tegur pula dengan lecture kerana beliau melihat aku tunduk ke bawah dan menyangkakan aku tidor didalam kelas, sedangkan sebenarnya aku sedaya-upaya menahan pening di kepala aku ni.. takpelah dia tak faham keadaan aku.. bila disebut soal berlapang dada, ak tahu tak semua orang mampu berlapang dada, even aku sekalipun bukan lah orang yang mampu berlapang dada.. cumanya aku pernah teringat kata2 seorang ustaz "kamu ni zalim, kerana tak menegur kesilapan sahabat, dan kamu membiarkan sahabat terus-menerus melakukan kesalahannya, walaupun kamu kata yang kamu terlah memaafkannya, kamu sebenarnya tidak pernah memaafkan sahabat kamu, kerana kamu membiarkan dia melakukan hal yang salah, tanpa usaha untuk membetulkannya", bila teringatkan kata-kata itu lah aku mengatur , cara berfikir dan berkata2 agar ape yang aku lontarkan tidak menimbulkan sebarang luka di hati sahabat, aku cuma menimbulkan persoalan yang aku tahu aku tiada jawapannya dan aku tahu ada orang yang tahu jawapannya, tapi aku rasa aku dah melukakan hati sahabt ni, mungkin shabat ini tidak mampu menerima apa yang aku katakan kelmarin. salah ke aku menimbulkan persoalan??? atau aku yang salah memberi soalan???

maaf...

maaf sahabat2 kalu2 ape yang ana cakapkan kelmarin menjadikan hati kalian terguris, ana sendiri tak tahu ape puncanya segala masalah yang berlaku, dan kerana itulah timbulnya persoalan dari ana "kenapa ia berlaku??" ana faham even dalam study group pun kita akan ada masalah dengan member, ialah tak semua yang kita mahukan orang lain juga mahu, dan tak semua yang kita faham orang lain juga akan faham seperti kita. sama jugalah bila kita berada didalam suasana berjemaah, tak semua pandangan sahabat kita boleh terima dan tak semua pandangan kita sahabat boleh terima, itu adalah lumrah kerana kita semua ada ego masing2.
aku tak katakan punca dari satu masalah membuatkan aku mengklasifikasikan kamu semua bermasalah, cuma aku nak tahu ape punca masalah tu berlaku, dan bila mana tiada jawapan yang sahih aku pun semakin keliru dengan ape yang berlaku. dimana silapnya.. jika dikatakan masalah ini berpunca @ berlarutan dari zaman yang sebelumnya, apakah ia akan berterusan hingga akan datang, ayuh sahabat sama2 kita fikirkan, kita tidak masuk jemaah kerana kita hebat, tapi kita masuk jemaah kerana kita lemah dan perlukan support dari yang lain, atau adakah aku yang tersilap percaturan fikiran sendiri?? ya allah berikan petunjukMu , jangan biarkan aku makin keliru..